Travel : Railway Tourism : KL-IPOH-KL (Part 2)

Ke sini untuk baca Part 1

Okeh,kali ni Cik Ngah nak sambung lagi catatan perjalanan bersama RTAM dan Kementerian Pelancongan Malaysia ke Ipoh melalui ETS tempoh hari.
Kami di hantar untuk tinggal bersama keluarga angkat di Homestay Kg Beng,Lenggong.
Satu pengalaman berharga bila kami menaiki bot di kala dinihari yang gelap dan sejuk serta sampai di kampong tersebut kala embun mula menitik (boleh baca di Part 1).

Homestay Kg Beng
Kami di letakkan di rumah keluarga angkat milik Pak Karim dan Mak Cik Zaleha yang melayan kami seperti anak sendiri.Memandangkan kami sampai di rumah keluarga angkat sudah hampir Subuh,so tunggu la untuk solat terus,barulah kami merebahkan badan untuk berehat.Masing-masing dah rimas sebenarnya,maklumlah dari petang semalam tak kena air,rupa-rupanya kena air je dah macam kena arus letrik…heheheh..sejuk yang amat,bekalan air kampong ini di bekalkan dari sungai yang mengalir dari bukit,dengan suasana pagi yang berkabus seolah-olah di puncak bukit.Ya Allahhh,indahnya ciptaanMu.

suasana sekitar Kampung Batu Ring

Sementara menunggu yang lain bersiap,Cik Ngah sempat termenung di beranda rumah menikmati dingin pagi yang menyegarkan.Embun yang menitik di daun,kabus di sekeliling,nyaman,tenang,hilang segala stress sekejap.Melihatkan aktiviti penduduk di sini yang kebanyakannya menoreh getah,mencari hasil hutan dan tasik,sememangnya alam sekitar di sini masih tidak tercemar dengan aktiviti pembangunan.

salah satu rumah di Kampung Batu Ring

Melalui maklumat yang Cik Ngah dapat,kampung ini di buka oleh anak Raja Patani yang di kenali sebagai ‘Tok Beng’ yang melarikan diri melalui Sungai Perak.Dari situlah kampung ini di kenali sebagai Kampung Beng.Kampung Beng terdiri dari 6 buah kampung kecil seperti Kg. Durian Lubuk,Kg Beng Dalam,Kg Dusun,Kg.Sekolah,Kg Durau dan Kg Batu Ring.Kebanyakan rumah mempunyai sampan sendiri untuk urusan harian.
pengalaman menaiki bot
Selepas menikmati sarapan hidangan mee goreng air tangan mak angkat, kami berjalan kaki ke Jeti dan berkumpul untuk menaiki bot ke Jeti Tasik Raban.Hari ni kami akan ke Lenggong untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong.

Perjalanan dengan bot ,sangat menerujakan Cik Ngah,dah lama tak naik pengangkutan air,asyik naik kereta je kan,satu bor boleh memuatkan lebih kurang 10 orang penumpang,dengan cuaca yang dingin,alam sekitar yang segar,menikmati pemandangan hijau di sekeliling,Subhanallah,hati terasa tenang,terasa dekat dengan alam dan Penciptanya.

suasana nyaman dan tenang bukit yang di liputi kabus

pokok mengkuang yang masih di cari oleh penduduk sekitar untuk membuat tikar

pengangkutan utama penduduk sekitar Tasik Raban dan Sungai Perak

aktiviti memancing di pesisir tasik

pemandangan indah sepanjang perjalanan

Pesta Makanan Tradisional Lenggong
Pesta dan pameran makanan tradisional Daerah Lenggong yang mempamekan dan menghidangkan lebih 19 jenis makanan dari 19 kampung di daerah ini.Pesta yang di adakan setiap tahun bermula 2010 ini,sememangnya mampu menarik pelancong dalam dan luar negara.Makanan dan masakan yang bahannya berasakan hasil hutan dan tasik di sekeliling kehidupan masyarakat di sini memang unik dan tiada di tempat lain.Dengan kekayaan hasil hidupan sungai dan tasik,di tambah rencah rempah serta herba dari hutan,keenakan hidangannya memang umppppphhh…di tambah dengan cara masakan tradisional seperti merebus,memerap,memanggang dan memais,pastinya memberikan satu rasa yang jarang kita jumpa di Bandar.

Ikan pekasam Lenggong yang sudah banyak di pasarkan ke luar

daging rusa dan produk roselle

Nasi daun lerek,masak dalam buluh,tetapi beras biasa dan tiada santan

hidangan makan tengahari di Pesta Makanan Tradisional Lenggong


Kami sampai di pesta makanan ini menaiki bas dari Jeti Tasik Raban.Turun sahaja dari bas,masing-masing dah teruja dengan deretan gerai makanan dan aktiviti yang diadakan.Dengan gerai buah yang menjadi tumpuan apa lagi kalau bukan durian…huhuuu raja segala buah,tambah-tambah di Perak ni kan…hehehe…siap ada kawan-kawan yang bawa balik sebiji sorang masuk beg tau..hehehe…terdapat juga cempedak,rambutan dan buah-buahan lain.

bahan-bahan untuk membuat kebebe
proses membuat kebebe
Majlis perasmian telah diadakan,dan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Tan Sri Abd Aziz,di samping pelancaran buku ‘Alam dan Budaya :Warisan Masakan Lenggong’.Kami juga di beri senaskah buku seorang sebagai cenderahati untuk di bawa pulang (ohhhh…Cik Ngah sangat la teruja untuk mencuba resepi yang ada…hehehe)

buku yang di bawa pulang sebagai cenderahati
Antara yang menarik hati Cik Ngah adalah berbagai jenis sambal yang di buat dari ikan dan kelapa,ikan pekasam lenggong yang memang femes itu,masakan rendang daging hitam (sayang tak sempat tanya resepinya) pais ikan,pindang ikan,berbagai ulaman dan sayur kampung,air asam dan pencicah bersantan yang tiada di tempat lain,nasi daun lerek yang di masak dalam buluh,serta kebebe,sejenis makanan gabungan buah-buahan kampung dan di makan sebagai makanan ringan.Sangat unik,nantikan entry detail ye,Cik Ngah akan entrykan mana yang Cik Ngah dapat resepi.


ikan masak pindang,yang di kukus hampir 12 jam

bahan-bahan untuk memasak ikan pindang

resepi sambal kelapa yang di pamerkan
pelbagai variasi sambal yang di pamerkan oleh penduduk kampung

Kemudian kami di jemput untuk makan tengahari di khemah VIP dan di hidangkan dengan lauk-pauk masakan tradisional,sempat juga berkenalan dengan blogger otai Bro HasrulHassan yang duduk semeja,selama ni kenal dalam blog dan fb je…heheheh…
Antara lauk yang di hidangkan adalah,Gulai Batang Lambuk Pedas Dengan Udang,Daging Masak Hitam,Gulai Daging dengan Umbut,Gulai Dengan Labu,Masak Lemak Siput Sedut,Ikan Talapia Bakar cicah Air Asam Bersantan dan banyak lagi sebenarnya.

Memang pesta yang Cik Ngah suka la macam ni,ni kalau dekat tiap-tiap tahun pun sanggup datang tau hehehe.Mana taknya,kami pulang lebih kurang pukul 3 petang dengan perut kenyang,naik bas,masing-masing mata dah kuyu…naik pulak bot,dengan angin sepoi-sepoi bahasa,cuaca nyaman,erm..sempat tau Cik Ngah terlelap atas bot…haaaa…nyamannn je..heheh…

kami melintasi jambatan Raja Nazrin Shah untuk sampai ke Kampung Batu Ring
Jeti Tasik Raban

 Lata Tok Muda dan Makan Malam
Balik ke rumah keluarga,kami di hidangkan minum petang kuih-muih homemade ibu-ibu di Kampung Batu Ring,juga buah-buahan tempatan yang memang enak hasil kebun sendiri.Kebetulan durian di kebun ayah angkat baru luruh,musim ini kami dulu yang merasmikan..hehehe..bertuah rasa.

Petangnya kami di bawa ke Lata Tok Muda untuk menikmati kesejukan air sungai yang belum tercemar,kira-kira 30 minit perjalanan melalui denai,merentas sungai dan kabel elektrik yang di pasang untuk mengelakkan gajah memasuki kawasan kampung (seram wehhhh,terpegang boleh mati keras kat situ woooo)….

Memandangkan cuaca sejuk dan hujan renyai sebelumnya,denai agak basah dan pacat sangat la bermaharajalela,Cik Ngah kena juga la 4 ekor..hehehh..tapi ok lagi la,pacat je,anak kampung jugak punnn….jangan lintah sudah..mau aku melompat nanti….hehehehe….berbagai gelagat dapat di lihat sepanjang perjalanan,ada yang tergolek,ada yang berkaki ayam bila kasut tak sesuai…hehehe..

hidangan minum petang di rumah keluarga angkat

perjalanan melalui denai dan lorong untuk sampai ke Lata Tok Muda

dah macam rombongan Cik Kiah dah...heheheh

mengharung sungai dan lalu di bawah kabel elektrik

Akhirnya kami sampai di Lata Tok Muda,kesejukan air dari gunung,batu-abatuan semulajadi yang cantik,fauna yang sangat menenangkan,Cik Ngah tak main air sangat,sibuk dok snap gambar diorg,tapi serius memang best sangat kawasan tu,sejuk,nyaman dan tenang.Subhanallah,ciptaan Maha Pencipta yang masih belum di usik tangan rakus.Lebih kurang 6.30 petang kami mula berjalan pulang,dan bersiap untuk program malam nanti pula.

jeram dan aliran air yang menenangkan

masing0masing macam tak pernah jumpa air,heeehee...sangat sejukk...
Malamnya selepas isyak,kami beramai-ramai ke acara makan malam ala kenduri dib alai raya Kg Batu Ring.Hidangan yang di masak secara gotong-royong oleh penduduk kampung memang membuatkan kami menambah nasi tanpa segan silu.

Antara hidangan yang di hidangkan adalah Masak Asam Talapia Merah (Resepi),Ayam dan Daging Bakar,Air Asam,Ikan Pekasam Lenggong dan Ikan Talapia Bakar.Keseluruhannya adalah hasil sungai dan tasik sekitar kampung ini.Sempat juga Cik Ngah mengorek rahsia masakan dan resepi dari mak angkat,nanti Cik Ngah kongsikan ye.
Sambil itu kami di hiburkan dengan live band dari penduduk kampung,dan ada juga wakil media yang menyumbangkan suara di malam itu antaranya artis yang di bawa khas iaitu Najeeb dan Mawardi dengan lagu yang bias meruntun hati anak gadis yang ada heheheheeh….

Setelah perut kenyang,hati di hiburkan,mata mula layu dan mencari bantal,mak angkat pun dah ajak pulang,memang best berjalan dalam kampung di kelilingi pokok-pokok dengan gelap gelita,teringat zaman-zaman kecil dulu di kampung.

live band gabungan penduduk kampung dan kawan0kawan media

antara lauk dan hidangan kami makan malam

bersama mak angkat Pn Zaleha yang turut melayan kami anak2 angkatnya makan

Artis di jemput khas dari Putrajaya ,Najeeb Abdullah

Itulah berakhirnya aktiviti kami untuk hari ini,nantikan Part 3 untuk program di Kampung Seberang Karai pulak ye….

Bisik-bisik:
-Terkilan pulak bila tak sempat menemuramah mak cik-mak cik di pesta makanan tu tuk dapatkan resepi,mana yg ada tulis je yang Cik Ngah dapat snap.
-Keseluruhannya Cik Ngah sangat teruja dengan aktiviti hari kedua ini,biasa la kalau pasal makanan,I’oll memang excited terlebih sikit..heheheh…
-kalau nak tengok pakej Homestay lain yang kawan-kawan media lain menginap seperti Homestay Bukit Gantang,Homestay Kampung Gopeng boleh la ke link berikut :

-kredit gambar kepada :








Post a Comment

0 Comments