Resepi Nasi Goreng Sambal Hitam Pahang : Produk FZE

Jumaat lepas gara-gara Humaira meragam takboleh tinggal lama,sampai tak sempat nak masak lama-lama kat dapur.Kebetulan ada nasi lebih dalam periuk,ingat nak goreng telur je.Tapi nampak pek sambal hitam belimbing pahang terus dapat idea nak buat nasi goreng je la.Lauk basah dalam peti ais pun dah habis jadngnya nasi goreng dengan sayur je la.tak susah pun buatnya,jom tengok resepi Cik Sue ye :


Bahan :
Semangkuk nasi sejuk (dalam 400gm)
Semangkuk kecil sambal belimbing hitam pahang (dalam 1 senduk nasi)
hirisan sayur terpulang ikut korang la nak buh sayur apa
1 biji bawang merah -hiris
2 biji bawang putih -hiris
5 sudu minyak masak
garam

Cara : 
-Panaskan minyak ,tumis sambal hitam dengan bawang,biar seketika sampai bawang layu.
-Masukkan sayur gaul rata,masukkan nasi,gaul rata,taburkan garam,gaul lagi hingga sebati,siap.Hidangkan dengan telur goreng mata kerbau atau keropok keping.Terbaikkkk



Ingatkan biasa-biasa rasanya sebab main campak-campak je apa dalam peti ais,pakai je apa yag ada.Tapiiiiii ternyata sedap sebab Cik Sue menambah sampai 2 pinggan huhuuuu.Tak tahu mana nak beli sambal yang sedap ni ha meh nak cite :


Cik Sue sekarang agen sah produk FZE atau Fauziana Samat Sambal Belimbing Enterprise.Kisahnya owner FZE ni kawan sekolah Cik Sue,mulanya tak de la minat sangat nak jadi agen,tapi lama-lama macam seronok pulak tengok..So Cik Sue pm je tuk jadi agen,alih-alih kbba9 ada buat event di Kuantan,masa tu la Cik Sue amik peluang melawat Sambal House milik beliau.Dan terus ambil stok ,terus jual kat awan-kawan kat De Rhu aritu.Jadi kalau korang nak beli boleh pm Cik Sue lah,ada bermacam jenis sambal lagi selain sambal hitam belimbing pahang tu ye.Sambal semuanya siap sedia di makan sebaik sahaja ada di tangan hehhehe.


Sambal apa yang di jual? 
Ha meh tengok senarai kat bawah ni ye...

*pelbagai jenis sambal*
●SAMBAL HITAM BIASA
●SAMBAL HITAM EXTRA HOT
●SAMBAL IKAN MASIN CILIAPI
●SAMBAL TUMIS TEMPOYAK
●SAMBAL LODEK TEMPOYAK PETAI
●4 JENIS SERUNDING
(ikan/ayam/daging import/tempatan)
●REMPAH IKAN BAKAR
●PES GULAI TEMPOYAK PAHANG
●RENCAH NASI GORENG BILIS MERAH (cili kering)
●RENCAH NASI GORENG BILIS CILIAPI
●RENCAH NASI GORENG IKAN MASIN CILIAPI
●PEKASAM IKAN LAMPAM BERAS
●PEKASAM DAGING BERAS
●PEKASAM DAGING SALAI PAHANG
●PEKASAM IKAN PATIN/TALAPIA PAHANG
●SAMBAL DAGING PEKASAM SALAI
●SAMBAL HITAM PETAI EXTRA HOT

Kalau nak boleh pm Cik Sue ye 0179397536,sekarang tak leh nak cod sangat sebab tak boleh nak drive lagi setakat ke kedai dekat-dekat  tu boleh la.



Post a Comment

2 Comments

  1. Wah sedapnya Sue..nanti nak beli juga...

    ReplyDelete
  2. fuhh ...mek sue, mai hantar sini sikit nasik goreng tu :)

    ReplyDelete