Lepak di Garage51,Bandar Sunway : Cuti Hari Wilayah

Buat apa korang yang cuti hari wilayah semalam? Ada yang berehat je kat rumah,ada yang ambil peluang keluar bersantai dengan kawan0kawan dan keluarga kan? Cik Sue awalnya nak memerap kat rumah je,tapi kansel dan keluar jugak sebab nak beli barang sikit,dan nak jumpa blogger Bella Idura  nak ambil barang dari dia.Alang-alang dah keluar melepak,terus yang lain juga dah masing-masing nak jumpa juga ,nak bincang keje la,nak bagi barang la,ada di kawasan berdekatan la,jadi meh kita melepak sesama.

Cadangan dari Bella juga ni,dok tengok orang lain post dan update je kan nak jugak rasa.waze je dari rumah,agak mudah sampai,tapi memandangkan selangor kerja hari ni jem la sikit terutama tengahari.Tapi kawasan ni memang pack la,susah sikit nak parking,eh tapi jangan risau kedai buka sampai 11 malam,lepas pukul 6 dah kurang jemnya.

ruang dalaman kedai : simple
Sampai-sampai je dan masuk,eh simple nya kedai,ringkas sangat susunan dan hiasan,tak serabut.Pekerja pula peramah je,siap mengalu-alukan kami.Ada juga tempat makan di bahagian atas,agak privacy sikit la,tapi sapa cepat dia dapat la ye,yang nak bercinta-cinta romantik mesti suka dok atas tu ehhhehhee.

ruang makan bahagian atas,ada tak sampai 10 meja pun 
Satu benda Cik Sue suka ,dapurnya dan tempat penyediaan makanannya kita boleh nampak,jadi kalau nak intai resepi pi la dok tepi dapur yang panas tu hahahha,tempat buat air pun boleh tengok,pi la berdiri depan-depan pekerja dok buat air tu,terpercik padan muka hehheee.Walaupun dapurnya terbuka tapi dalam kedai tak panas pun,selesa je.

nampak tak chef tengah masak tu

Mr D dah lapar sebenarnya tu kitaorang sarapan roti je heheh

Memandangkan ada orang nak belanja dan kata nak try menu-menu kat sini jadi tuk Cik Sue dan Mr D ,Cik Sue orderkan lebih sikit,bukan selalukan? heheeh jom tengok apa Cik Sue orderkan,tapi bukan makan sorang pun,semua rasa,dok tukar-tukar pinggan berjalan sekeliling meja heheh,jadi boleh rasa semua menu yang di order,bijok dok?

ni air Mr D namanya THE SON (RM18.90)
~nutella with hazelnuts awesomeness~
Air kat sini nampak je manis,tapi bila dah minum tak de la manis sangat pun,sedang-sedang je.Cuma lebih berkrim dan bersusu.Kalau nak melepak minum saja ini pun dah cukup mengenyangkan perut sebenarnya.Tapi bukan ini je minuman yang ada,minuman panas dan sejuk yang biasa-biasa pun ada je,macam ais lemon tea,teh ais.ada jangan risau heheh.

ni air Cik Sue THE COUSIN (RM18.90)
~salted karamel & brownies~
Yang ni pulak air tu Cik Sue,coklat dia sedap oiii,terasa lak kat tekak haaa...brownies dia memang sedap bila tekan dan masukkan dalam air coklat tu,tapi paling kena kat tekak pretzel tu,rangup sedap je.Jom kita tengok apa Cik Sue dan kawan-kawan makan lak.

CREAM OF MUSHROOM SOUP & TOASTED PIMENTO BREAD
RM12
Pergi la mana-mana restoran western ,Cik Sue akan order menu wajib iaitu mushroom soup ni,tak tahu la kenapa,perangai sangat,bagi Cik Sue kalau mushroom soup dia fail,mesti yang lain kureng,haaa merepek la Cik Sue pun.Yang ini? SEDAP!!...dalam sup tu ada isi ayam rasa pun lemak berkrim,tak masin ,sedang elok je rasanya.roti tu pun sedap,garing je.


CHICKEN MANGO SALAD & WHOLEGRAIN MUSTARD DRESSING
RM12
Ini salad magga masak,biasa kita orang melayu makan kerabu mangga,mangga muda kan,yang ni mangga masak,sedap rasa dia bila campur ngan isi ayam dan perahan lemon.dengan parutan karet dan daun salad tu rangup-rangup,ngammmm je.Eh yang ni bukan makan sorang ye,pakat rasa sikit sorang,portion dia besar juga,cukup untuk 2 atau 3 orang.

haaa ni yang join melepak tadi,masing-masing ada hal nak jumpa,jadi
lepak je sini sekali.

AUSTRALIAN BEEF SIRLION & SPAGHETTI AGLIO OLIO
RM19
Hidangan ni Cik Sue punya yang lain cuit-cuit je hahaa,daging grill dengan spageti,memang kena la ngan penggemar pasta cam Cik Sue ni,hari-hari makan pun ok.Dagingnya lembut je,rasa spageti biasa je tapi ok ngan tekak Cik Sue.jauh plak nak ulang selalu,ada reka sendiri ni kang.

SMOKED SALMON SANDWICH WITH FRIES
RM23
Hidangan ni Cik Sue bagi dua makan ngan bella,dia amik satu dan Cik Sue satu,yang pasti salmonnya sedap,tak hanyir dan fries dia rangup.sandwich ni memang sesuai tuk breakfast dengan minuman panas.

AWESOME GARAGE BREAKFAST 2.0
RM26
Hidangan ni Mr D kongsi dengan kak nina,ha depa berdua makan bahagi dua,sosej tu sedap yang putih tu telur rebus tau,separuh masak cair kat dalam,yummyyy,Cik Sue pun try la jugak cuit-cuit je.betullllll hehehhe.cendawan tu apa ntah namanya Cik Sue tak makan,tak gemar,telur dadar tu sedap dalam dia yang hijau-hijau tu buah zukini tau.

Amacam? menyelerakan bukan? korang datang la try sekali,serius menu dia sedap-sedap,berbaloi la dengan harganya.Tempat makan pun selesa.cuma parking je la anda kena rancang waktu datang ye.
Banyak lagi menu yang diorang order,ada juga kek dan minuman oanas tuk minum petang,Cik Sue suka juga bila air masak di letak atas meja jadi bila nak minum ambil je,percuma,botol pun cantik.

Korang yang nak cuba boleh usha detail kat bawah ni ye :

Garage 51
51,Jalan PJS 11/9,Bandar Sunway 46150,Selangor

landmarknya depan University Sunway kat rumah kedai depannya.

Waktu operasi : 11pagi-11 malam

FB : Garage 51

haaaa sengih tukang masak kat dapur heheh
bisik-bisik:
Tak rugi Bella ajak lepak sini,tq bella,nest time ada kedai atau tempat makan best-best ajak kak sue lagi tau,haihhhh over plak menternek lemak sekarang ye,bila nak turun ntah berat hahahhaha,alaaa asal sihat ok la ,tak kisah la pipi pau ke chipmunk ke,makan-makan juga jaga la kesihatan kan,balik umah detox la kihkihkih.

Post a Comment

21 Comments

  1. Okkk...lapar ye tgk ni semua! Hahaha.. nnt jom la buat makan2 kt sini. Heheheheh

    ReplyDelete
  2. Gulp... Bila nak lepak sini tapi tunggu one day cheat la ... he he he

    ReplyDelete
  3. Lapar terus bila tengok.. bella.. ajak titew jugakk. Hiii

    ReplyDelete
  4. Boleh sambut dengan abah mama la sbb menarik...uishhhh dekat je rupanya.

    ReplyDelete
  5. takper ciksue...ciksue kan memang suka makan....naik turun berat tu tolak tepi jer...yg penting kita dah nikmati.....

    ReplyDelete
  6. Uhuk.. bertambah2 lapar tgk.. menyelerakan....harga? Berpatutan..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih letak harga. Senang nak bajet. Hihihi... :)

    ReplyDelete
  8. sedap sedap .... nanti nak singgah jugak la

    ReplyDelete
  9. Menu dan deco menarik..teringin nak singgah jugak nanti..

    ReplyDelete
  10. bestkan..sedap lak tu..masih terasa "the pakcik"..hihi

    ReplyDelete
  11. Air tu nampak sedap... tak tahan tengok lama-lama memang kene pi jugak nih!

    ReplyDelete
  12. alaa dah teringin lama nak minum air pelik pelik tuu. wuuu sedapnya!

    ReplyDelete
  13. Wah .. Nmpk sdap dn menyelerakan...

    ...
    Slm perkenalan dr kak eila
    byummufayyadh@blogspot

    ReplyDelete
  14. nyum nyum ! dapnyee . terliur tengok air tuu

    ReplyDelete