Bloggers Day Out Kelab Blogger Ben Ashaari di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Alhamdulillahhhh dengan izinNya berlangsung sudah Bloggers Day Out Sabtu lepas,dan semuanya berjalan lancar,hampir sebulan perancangan,perbincangan dan persiapan.Bukanlah event yang besar mana tapi bagi kami Kelab Blogger Ben Ashaari ini event yang memperkukuhkan silaturrahim,mengeratkan ukhuwah sesama kami.

Di mulakan dengan perancangan dari Yanty dan pihak marketing Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya,akhirnya ia menjadi nyata tuk kumpulkan blogger-blogger yang sudi hadir dan meluangkan masa bersama di sini.Alhamdulillah juga Ajk yang bertugas memberi kerjasama yang sangat bagus untuk menjayakan event ini.


Pagi itu Cik Sue bertugas menjaga meja pendaftaran di bantu oleh Uzu,Yaya,Kyle dan Mr D.Check nama,bagi goodies bag dan baju Bloggers Day Out.Alhamdulillah kehadiran hampir 90% .


sengih lebar heheheheh

tq Mr D sangat supportive minat ai heheheh...
Acara kemudiaan di mulakan dengan sesi warm up oleh Fatin Bella,walau ramai malu-malu pada mulanya tuk berearobik,tapi bila lagi makin rancak suma naik seh hahaha.Kemudian kami di beri taklimat oleh pihak Kelab Komuniti berkenaan fasiliti di tempat ini,dan taklimat oleh wakil KBBA iaitu Lan Careno.

ewahhhh....

joget kak joget hahahhaa
Selesai sesi pembukaan bermulalah acara sukan yang pertama,permainan orang kaya katanya,masing-masing ramai yang first time pegang kayu golf.Dan peraturan golf BDO ni memang unik,sekali sorang je boleh pukul dan sesiapa yang bola golf menghampiri bendera yang di pacak sahaja di kira markahnya.Gamat bila ada yang 5 pusingan pukul tapi masih pukul angin,bola tetap di situ nasib baik bukan kayu golf yang terbang.heheheeh.Bukan senang rupanya,tengok orang pukul macam senang je kan.

fuhhhhh penuh gaya hahahha

tu diaaaaa abah jeni heheheh...

sebelum acara bermula ,staf Kelab Komuniti buat demo dulu,kang
terketuk plak kepala orang
Selesai acara golf,beralih pula ke acara badminton.Bukan badminton biasa tau,peraturan yang unik bila pemain beregu 6 orang 1 pasukan tapi hanya 1 raket di gunakan.Di sinilah kita nak lihat
kerjasama antara blogger ,persefahaman dan keserasian.Bagaimana mengatur strategi,semua pemain perlu berperanan.Macam-macam gelagat dapat lihat,mula-mula semua membantah sebab pening tapi bila masing-masing dah kumpul strategi terus jadi menarik.


komplot apa ni aiyokkkkk....

kemain pengadil dan tukang terangkan pun hahhaha

kecoh jadinya 

masing-masing nak menang
Selesai acara badminton ,kami ke lapangan Go Kart pula.Ramai juga first time merasa main go kart ni dan ramai juga yang nak repeat kononnya dah seronok kan,tak puas katanya sebab sekejap je.

masing2 excited

seronok!

taklimat dari staf go kart
Memang best tapi Cik Sue tak berani lagi nak try,jaga diri,biasa la banyak kecederaan.Tapi lapangan Go Kart ni memang best sapa nak try bolehlah datang ke sini.Tengok diorang ni,panas terik pun dah tak peduli,seronok sangat katanya .Mr D pun 2 round dia belasah.

Selesai Go Kart kami di jemput menjamu selera ala menu kampung ,iaitu makan tengahari di kafe Bayou Coffe House.Selesa sangat tempatnya,selalu jadi tempat orang buat majlis kenduri kawin,seminar dan kursus.Dan yang pasti makanannya memang terbaikkkkkk.Nanti Cik Sue review lain ye.


ruang makan yang selesa ,cantik dan bersih.

Mrnu ala kampung,sangat menyelerakan.
Habis sesi rehat,makan tengahari dan solat,aktiviti di teruskan dengan game yang sangat lasak dan ganas katanya.Yeeee paintball,yang di di monopoli bapak-bapak dan baang-abang sado plak,mak-mak dan anak dara ayu tukang sorak je.Sebenarnya dah 3 4 kali Cik Sue datang sini sebelum ni,banyak kali gak geng blogger main paintball kat sini.Memang best tempat dia dan harga pun berpatutan.

sebelum game kena dengar taklimat dulu dari staf
keselamatan itu penting

masing-masing dah bersedia nak berperang


tu diaaaa cam combat dah heheheh
aksi masing-masing
Alhamdulillahhhh,event berjalan lancar ,masing-masing memang seronok.Event di akhiri dengan majlis penutup ,cabutan bettuah,ucapan founder Kbba dan pemberian cenderamata kepada semua peserta.Dannnnnnn boleh pulak Mr D dapat cabutan bertuah,ai is jelesssss hahhah.


sesi cabutan bertuah

amik no cabutan bertuah

kami,semoga ukhwah ini berkekalan.Jangan benci2,jangan dengki2.

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Sedikit tentang kelab ini :
Satu kompleks sukan yang menyediakan fasiliti yang pelbagai,sesuai untuk riadah bersama keluarga atau kawan-kawan.Menyediakan Gym,Kolam Renang,Court Futsal,Badminton,Bola Tampar,Go Kart,Paintball,Dewan untuk sebarang majlis,Kafe yang menyajikan makanan yang sedap serta kemudahan asas lain seperti Surau,Bilik Mandi dan tandas yang selesa.

Alhamdulillah ,dengan kerjasama Kelab ini,event kami berlangsung dengan jayanya.Insya Allah akan ada lagi aktiviti yang akan diadakan nanti.Bagi mendapatkan keterangan lanjut anda boleh dapatkan info di link ini KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA

Sekalung terima kasih yang tak terhingga kepada penganjur kami :



 Bayou Coffee House :

Call no ni 03-8318 0008 atau
emel ke bayoucateringcyberjaya@gmail.com


Terima kasih juga kepada semua team AJK Event dan semua blogger yang sudi hadir memeriahkan,Insya Allah kita berkumpul lagi nanti,semoga persahabatan kita dan silaturrahim ini di berkati Allah.

Sayang korang semua

Post a Comment

0 Comments