Avenue K Food Adventure : Restoran dan Tempat Makan di Avenue K.

Korang pernah masuk treasure hunt tak? alaaa macam cari harta karun tu? mesti ada yang selalu masukkan? tu treasure hunt biasa,pernah tak korang masuk food hunt? haaaaa satu hari kejenya makannnnnn je,penah? Cik Sue penah heehee meh nak cite sikit,acara menternak lemak Cik Sue ni (dasar tak sedar diri dah over weight haahaha)

Hari tu sempat Cik Sue join Avenue K Food Adventure yang diadakan di shopping mall Avenue K,Kuala Lumpur.Alaaa sebelah KLCC je,pagi-pagi Cik Sue dah keluar rumah dengan perut kosong,ye la,hari menternak lemakkan,food hunt la katakan mesti la sediakan ruang secukupnya,gittewwww...

haaaaa dah sampai

antara yang meng'join'kan diri
Selepas mendaftar untuk acara ni kami di beri pasport untuk pergi ke setiap kedai atau restoran yang di senaraikan,kena makan dn cuba menu mereka,dapatkan cop kedai,baru di kira lengkap,sekurangnya 10 kedai dari 17 yang di senaraikan.Fuhhhh dengar 17 kedai pun dah termenung,boleh sumbat ke ni? errrrr....
dah dapat pasport,lets gooooo...buncitkan perut hahahah

1. Wonder Mama X

Yaaaa ni restoran pertama,terletak di Level G lot kedai G-6 & SAC G-1,kedainya cantik ,hiasan pun menarik,selesa,Kami di benarkan order 1 jenis makanan dan 1 jenis minuman,kedai ni ada makanan western dan melayu,sesuai untuk sarapan,makan tengahari dan dinner.

posing dulu sebelum makan

jom order
hiasan yang menarik
Apa yang Cik Sue order? Ni dia,Soft Shell Crab Salad dengan Hot Cham,salad ni ada ketam kulit lembut tu di goreng tepung,ada tomato ceri,n sayur2 lain,sos saladnya ala thai dressing,siyes sedapppp...kena plak dengan cham panas tu kan,memang kena tau,licin mangkuk.

hidangan sarapan cik sue
Komen: Menu sedap,suasana kedai pun best tapi waktu lunch memang ramaiiiiii orang.


2. Johnny Rocket
Twrletak di level G-8A ,di tepi jalan,kedai memang selesa,menu utama adalah burger dan makanan western lain,di sini kami di beri makan set original burger dan vanilla shake,Ya ampun burgernya sampai,terdiam kami,besarrrrrr macam mana nak abiskan ni huuhuu...vanilla shake nya sedapppp...


suasana dalam kedai

halal

set burger

vanilla shake with eskrem hehehhesedapppp....
Komen: best,siap ada persembahan tarian lagi sempena krismas rasanya ,makanan sedap,patty burgernya sedapppppp....nak datang lagi lah...


3.Sushi Box

Sushiiiii....my feveretttt....kat Sushi Box plak di Level C-6.Kami tak makan kat situ sebab meja tak banyak,jadi take away je...Cik Sue amik sushi with soft sheel crab,yummyyyy...sedapppp...

mee udon pun ada

macam2 adaaaa...
Komen : Susshi sedapppp,ada hidangan jepun lain jugak tempura,mee udon...harga memang berbaloi


4. Espresso Lab
Seterusnya kami minum kopi di sini,kopi yang memang sedap dengan pelbagai perisa,ada kek juga,yummyyyy....Espresso Lab di Level C-13 sesuai untk minum petang.



pelbagai kek sedapnyaaaa....

my espresso coffe
Komen : Nak lepak minum kopi sambil buat discussion atau jumpa klien memang sesuaiiiii sangat.

5. Ah Cheng Laksa
Yeahaaaaa ada juga menu laksa,jom try ah cheng laksa...denga petis memang sedap...

ramai gak orang masa ni....

promosi

laksa dan ice lemon tea
komen : main menu laksa memang sedap dengan petis udang yummmyyyy harga yang berbaloi.

6. Samba

Mexican restoran di Level L3-3 ,makanan pun mexico,kat sini kami tak sempat makan hanya minum jus je,perut dah penuh sangat,sesiapa yang nak cuba boleh la datang,makanan secara buffet,siap ada tempat karaoke lagi.






ini je mampu masuk tekak,dah kekenyangan.

Komen : kedai cantik,nampak eksklusif,makanan buffet memudahkan pelanggan.

7. Ayerrocks

Kedai yang menghidang steak yang sedapppppp....terletak di Level L3-15,tapi kami amik menu kongsi untuk satu group,tak mampu nak sumbat dah banyak-banyak hahaha...



hidangan kami,lupa apa nama tapi kalau tak silap sirlion beef grill
Komen : hidangan kami daging yang terbaik sedapppppppp sangat,jangan risau halal ye.serius untuk penggemar steak datang sini tak rugi.

Christmas show

Pada hari itu,sambil-sambil kami ronda Avenur K memenuhkan perut,ada juga persembahan sempena sambutan krismas,siap ada akrobatik lagi,meriah.

santarina nari2

ada penyanyi juga,lupa nama dia

fuhhhhh kagum ahli akrobatik ni...gayat wehhhh....

8. Wonder Bar

Siap tengok persembahan kami smbung makan lagi di Woder Bar bersebelahan Wonder Mama X,ada salmon grill,kebab dan kami order coffee,cham and lemon tea.


beef kebab





salmon

perut kenyang senyum lebar ehhehe
Komen : Pilihan Cik Sue Salmon grill sangatttttt sedap.


9. Tokyo Pastri

Tokyo Pastri di Level M-20,ooohhhh masih terbayang tiramisu kek nya sedapnyaaaa.....kat sini pun kami take away je,dapat kek and coffee,restoran ni ada kiosk juga di luar.






Komen : ohhhhhh masih terbayang kesedapan tiramisu huuhuuu....


10. Warisan Nasi Kukus Ayam Berempah

Aiyooooo...sangat2 full dah perut kena makan nasi pulakkk...ahhahah...belasah laaa kannn.. Warisan Nasi Kukus Ayam Berempah di Level 3.Menu utama nasi kukus tapi aada juga kuih-muih melayu dan makanan minum petang yang lain.





ribena lemon yang sedapppppp.....
Komen : makanan sedap ,tapi terpaksa tapau sebab dah full,ayam berempah yang sangat sedap....

11. Delifrance

Mari minum petang di Delifrance,of coz ramai yang tahu dan suka kan.Macaron yang mavelesss sedap oiiii...kami dapat tuna sandwich and blurberry tart.





Komen : ohhhh macaron sedappppppp...nak lagiiiii harga pun berpatutan.

12. Upbeat

Ohhhh sesuatu yang baru ,menu semuanya sihat-sihat sesuai untuk orang yang berdiet dan jaga badan gittewww....




Komen : wrap healty sandwich yg sedap.


Fuhhhhh itu je yang Cik Sue dapat setelkan tasknya,ok la kannn...ehehhe..banyak lagi kedai lain tapi tak larat dah huuhuu...Tq Avenue K ,penuh perut kami tau.eehehe.

Avenue K ni baru lagi di buka bersebelahan stesen LRT KLCC,keluar lrt klcc terus masuk Avenue K ni.Selain tempat makan ada juga Discoveria di tingkat 4 taman tema dinosour sesuai untuk keluarga,ada kedai buku Popular ,Daiso,Kedai kasut Modani,Food Court dan macam-macam lagi.
Boleh lah datang jalan-jalan ye sambil2 ke Suria KLCC tu kan.

bisik-bisik:
Dah dekat dengan opis terkini ,haruslah Cik Sue jalan-jalan sini.















Post a Comment

4 Comments

  1. memang best hari tu kan, marathon makan sampai nak pengsan hehe.

    ReplyDelete
  2. Bestnye dear..impian hidup ni..satu hari jjcm je..hihi..

    ReplyDelete
  3. wow...wow..bestnya...menternak lemak...

    ReplyDelete
  4. Risaulah tengok korang..asyik kerja makan jer, eh haha ok pcl faham KERJA mesti Mau Makan baru boleh buat kerja dan hepi-hepi always.

    ReplyDelete