Magic Fest @ PICC,Putrajaya.

Sepetang di PICC,Putrajaya petang tadi (Sabtu 13 September 2014) memang menyeronokkan.Ada apa ye? Mestilah sesuatu yang best.Korang pernah tengok silap mata kan,kalau tak pernah tengok depan-depan mata pun dalam tv mesti pernah tengok kan? Ha,kali pertama diadakan di Malaysia ni tau,Magic Fest yang berlansung dari 12 - 15 September 2014 di PICC,Putrajaya.Sempat lagi ni,jom datang esok dan lusa,serius tak rugi.Tambah-tambah lagi sempena cuti sekolah ni kan,memang seronok la anak-anak.


Mula-mula datang ingatkan boring maca tengok silap mata kat tv tu,sekali ada berbagai aktiviti rupanya,betul-betul teruja Cik Sue bila tengok depan-depan macam mana trick yang diorang buat.Sepanjang festival ni,ada pertandingan ahli silap mata di pelbagai peringkat seperti 'Malaysia Open' 'Junior Open' dan "International All Star'.Memang best,tadi sempat tengok pertandigan 'Interational All Star Competition' memang hebat-hebat pesertanya.


macam-macam trick di gunakan


haaaa awek cun pun ada heheheh

Masa ni peserta Malaysia ,Rosen Roy tengah beraksi,suka trick dia,best!


Yang ni pun peserta dari Malaysia,Muhammad Hanif Farrasz sedang menunjukkan tricknya.
Bagi pertandingan korang kena beli tiket masuk berharga RM8 dewasa dan RM2 kanak-kanak,pertandingan lebih kurang 2 jam di dalam dewan.Korang boleh tengok la kehebatan diorang beraksi dengan trick masing-masing.Dan untuk malam International Gala Show ,tiket masuk RM50 dewasa dan RM25 kanak-kanak,yang malam gala ni adalah persembahan dari ahli silap mata terbaik seluruh dunia.Susah tau nak dapat tengok persembahan diorang ni,antaranya dari Denmark,Jepun,Korea,Thailand dan China.

Oh ya,kalau tak nak beli tiket pun tak pe,datang je jalan-jalan sekitar level concourse PICC ni,banyak gerai-gerai dan pameran yang menjual alatan tuk buat silap mata,siap dia ajar lagi macam mana nak guna,haaaaaa bukan sihir ye,semua tu hanya trick dan kepantasan pergerakan tangan je,kena belajar je.Kalau korang pi kat gerai0gerai tu diorang akan demo silap mata jugak,dan diorang tunjuk trick tu tuk korang faam,best tau.

gerai0gerai jualan

ada badut dan permainan tuk kanak-kanak juga

kusyuk la haiii abg ni dok belajar trick heheheh...

kemain dia ,kagum jap,padahal trick alatan tu je,tapi patas tul tangan

Sambil-sambil minum kat gerai Grab & Go di Level Concourse tu korang pun boleh tengok persembahan silap mata percuma,tapi ada sesi-sesi dia la.


pentas untuk persembahan percuma
Dan kalau korang serius nak belajar,korang boleh masuk bengkel-bengkel magic yang diadakan,tenaga pengajarnya adalah ahli silap mata terkenal dan percuma ye,setiap sesi dalam 45 minit,waktunya korang boleh dapatkan maklumat di kaunter lobby level concourse PICC tu.

bengkel-bengkel yang diadakan
Jom ramai-ramai,isi cuti sekolah anak-anak berseronok di sini,banyak anak-anak boleh belajar dan mendorong diorang berfikir,jangan risau tak de sihir-sihir pun,guna trick dan kepantasan serta sains je.Tiket juga boleh di beli di Kaunter Bussines Centre ,PICC dari 8 pagi hingga 9 malam setiap hari,tiket terhad tau,baik cepat.

Nah jadual untuk esok dan lusa,bolehlah korang datang tengok.


jadual esok,ahad

jadual isnin

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi,korang bleh klik link di bawah ni ye :



bisik-bisik:
Seronok juga lihat sesuatu yag baru ni,tak pernah lagi tengok depan mata
seronok juga belajar,kekadang kita  kena tengok dulu baru tahu,apa sebenarnya



Post a Comment

11 Comments

  1. bestnye.. dapat tgk depan-depan orang buat magic :)

    ReplyDelete
  2. Wahh ! Suke tgk orang buat magik ni !

    ReplyDelete
  3. Sue dah pandai buat silap mata?

    ReplyDelete
  4. bestnya..thank for info.. akakpun nak bawa anak akak p tengoklah...susah tau nak tengok silap mata live..

    ReplyDelete
  5. Spatutnya mlm td gi tgk, tp ada hal lak. So mlm ni nak gi, pastu update kat blog... Huhuhu

    ReplyDelete
  6. memang happening kannn event ni mak tiri??? ooopss...sue...

    ReplyDelete
  7. berbaloi lah bayaran masuk dgn show..melibatkan magician dari byk negara :-)

    ReplyDelete
  8. syok gak sbb dah lama tak tgk magic... biasa tgk kat tv je...

    ReplyDelete
  9. http://mrsjaysblog.blogspot.com/2014/09/magic-fest-putrajaya.html?m=1

    ReplyDelete