Pemenang Ujibakat Drama Seludup

Jelesnyaaaa tapi Tahniah! Tahniah!

Dah ada pemenang rupanya Peraduan Ujibakat Drama Seludup ni,alaaaa yang Cik Sue pun sibuk-sibuk juga buat video ujibakat tu laa..dah2 tak payah cari video tu hehehhe...
2 pemenang telah di pilih dan berjaya memikat hati juri.Mereka memenangi hadiah RM15,000 dan peluang berlakon dalam drama Seludup di samping pelakon-pelakon terkenal.Okeh,jelesnyaaaaa.....sobs sobs...

Pemenangnyaaaaa.....

Pemenangnya adalah Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya memikat hati juri dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Mohd Andika

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”.


Nur Afieqah
Bagi Nur Afieqah pula yang merupakan seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Untungla diorang kann,ye la mana la Cik Sue nak menang 100++ kot penyertaan di FB SELUDUP tu,memang tipis la harapan Cik Sue yang berlakon cam tunggul ni heehehehe...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke link yang dkna sertakan dibawah :-
Youtubehttp://www.youtube.com/user/SELUDUP
Facebookhttps://www.facebook.com/Seludup
Instagramhttp://instagram.com/seludup
Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup


Sedikit info mengenai Mastermind Group Sdn Bhd yang menerbitkan drama bersiri Seludup ini.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.



Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com

###

Bisik-bisik:
psssss....nanti kita tengok ramai-ramai ek drama ni,kita tengok lakonan diorang ok ke tak
ai is jelessssss....heeheee Cik Sue nak duit je,tak nak berlakon heeeheee....

Post a Comment

8 Comments

  1. Takpe ye K.Sue , nanti ada cast job terima terus.. Cuba lagi next time. Buat pemenang , tahniah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah!! Xmengapa.. kita dah cuba yang terbaik! Yeahhhh

    ReplyDelete
  3. ehh ciksue ke cikngah? eh si budak nama giro giro tu xmenang ke? ehh ape eh eh.bhaha

    ReplyDelete
  4. Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer :)

    ReplyDelete
  5. salam kenal...ziarah kat sini pula....kasi boom sikit...hehehe

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. Scha pun nak duit jee. kikiki

    ReplyDelete
  7. Salam Ukhuwah Fillah ...
    Singgah Sini Dari kelab Blogger Ben Asaari
    Done Folllow Sini

    ReplyDelete
  8. Rezeki mereka... insyaAllah rezeki cik sue di tempat lain... :)

    ReplyDelete