Uji Bakat Drama Seludup Dan Menangi RM15,000.

Assalamualaikum semua....
Ada sesiapa yang berminat nak jadi pelakon tak kat sini? haaaa...meh sini Cik Ngah nak cite ni,tuk korang-korang yang nak cuba nasib jadi pelakon and memang berbakat dalam bidang ni,jom cuba uji bakat dengan video pendek je pun,senang je.Buat video berdasarkan skrip yang di beri dan hantarkan ke link yang akan Cik Ngah bagi nanti ye.Pemenang yang terpilih akan memenangi RM15,000.Wowwww banyak tuuu...untunglaaa sapa dapatkan.Eh lupa lak,berlakon dalam cite apa? haaaa...ni diaaa...drama bersiri SELUDUP yang akan di siarkan di saluran Astro Prima dan Astro Maya.



Seludup ni drama pasal apa ye? haaa ia mengisahkan tentang kesedaran di kalangan masyarakat tentang perdagangan haram barangan seludup,tiruan dan cetak rompak,yang menjadi isu ekonomi dan menjejaskan pendapatan,keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.


anatara barisan pelakon SELUDUP
Antara barisan pelakon di dalam drama ini adalah Shafie Naswip,Tiz Zakiah,Jehan Miskin yang juga pengarah drama ini,Pekin,Namron dan Raja Ilya.So,sesapa nak berlakon ngan Tiz Zakiah tu hantar video cepat-cepat okeh,mana tau,ada rezeki jadi pelakon glamer kannnnn...heeeheeeee



Okeh,ini cara-cara nak masuk peraduan ni – peserta hanya perlu menekan ‘like’ pada laman www.facebook.com/seludup, muat naik video terbaik dengan membaca skrip pendek, kongsi video tersebut bersama rakan-rakan mereka untuk mengumpul ‘like’. Lebih banyak ‘like’ yang mereka dapatkan, lebih tinggi peluang mereka untuk memenangi pengalaman ini.
Errrrr,Cik Ngah pun dah try tau heeheee...nak tengok videonya cari la sendiri kat YOUTUBE SELUDUP
maluuuuu~sambil nyorok bawah selimut~

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan #masukdramaseludup, sila layari dan daftar penyertaan di laman FB Seludup: www.facebook.com/seludup

Haaaa senangkan,alahhhh try la,mana tahu ada luck korang,tuah ayam nampak di kaki,tuah korang sapa tahu kan?

secara ringkas cara untuk menyertai

Eh korang nak tengok contoh video ke? Jap eaaa....
Nah,contoh untuk korang....try tau


Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link2 kat bawah ni tau :

Uji Bakat -  http://fb.alt.com.my/seludup2/

Okeh,cepat-cepat try ye,nanti boleh Cik Ngah tengok korang berlakon kan...

bisik-bisik:
kalauuu la menang RM15K tu wahhhhh bestnya
okeh berangan je la..heheheheh

Post a Comment

1 Comments

  1. Ada bakat boleh cuba berlakon. Mana tahu ada rezeki boleh jadi artis pula. :-)

    ReplyDelete