Garden Bbq Buffet @ PICC : Food Review

Nak merasa dinner ala-ala Bbq yang romantik dengan pemandangan malam yang menarik? ok korang tak salah tempat.Jom Cik Ngah bawa korang ke Garden Bbq Buffet di Putrajaya International Convention Centre (PICC) di Putrajaya.Garden Bbq ni agak eksklusif berbanding lunch buffet yang pernah Cik Ngah review dulu.Dengan suasana "out door" permandangan putrajaya yang mewah dengan limpahan lampu di malam hari ,pastinya mendatangkan suasana romantik,tambah lagi bila korang memilih meja berdua kan,hehee dah jadi candlelight dinner dah tu.
Dengan harga RM80 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas,pastinya korang akan berpuas hati dengan menu dan susun atur yang sangat best.Dengan resepi dari chef-chef ternama,pastinya tak rugi tuk korang cuba.

hah koo romantik je table nya...kena bawa orang tersayang n letak lilin ni..heheh
Berbagai menu yang di sediakan untuk di panggang panas di hadapan korang tau,antaranya ikan dory,ayam,udang,sotong,ikan pari.daging lembu dan yang sangat Cik Ngah tunggu adalahhhh..kambing laaa...my feveret wooo...serius sedap sangat perapan dia,tak de bau,dan sosnya semua sedap.

persiapan sebelum proses membakar

antara pencicah yang di sediakan ,mustard,air asam,kicap cili dan minyak zaitun.

bahan-bahan segar sebelum di bakar,yummmyyyy....
ayam yang di perap

chef berpengalaman sedang menyediakan bahan.
tu diaaa...dah masak,chef Hamdan dah start potong kambing dahhhhh


yummyyyyyy.....

lamb roasted,my feveret....

udang feveret Cik Mija..heheheh


ayam dan ikan dori sedang di bakar
Selain dari bbq dan bakar-bakar ni,ada juga makanan berat lain yang boleh korang nikmati :


nasi goreng

mihun goreng

spageti bolognese

dalca 

Garden Bbq PICC ni selalu di buat sekali je dalam sebulan biasa antara jam 6 petang hingga 10 malam,so,korang akan dapat nikmati pemandangan sunset serta kerlipan lampu di waktu malam hari di Putrajaya.Jangan risau kerna surau yang sangat selesa di sediakan,tandas pun cantik.


suasana outdoor garden bbq,sangat nyamann
permandangan putrajaya dari picc
Okeh,jom kita layan lagi,apa lagi santapan yang sedap-sedap ada kat sini :


kerabu kacang panjang

spageti with prawn

squid salad

chicken breast salad
chicken with roasted pumpkin
(yang ni Cik Ngah suka,sedap wooo)

tauhu sumbat

salad prawn

salad campur

berbagai kek dan puding

chocolate mousse and orange mousse

puding

sagumpal

puding errr lupa lak nama

potato baked
buah-buahan

bubur kacang dengan durian,yummyyyy

jagung rebus

gerai ABC pun ada,mintak je,adik manis ni buatkan..hehehhe

see,permandangan di waktu malam,tenang....
Okeh ,untuk sahaja,banyak lagi sebenarnya tak larat dah nak buh gambaq,hehehhe....apa kata korang try sendiri,berbaloi,nak dok sampai kul 10 malam pun duduk la heheheh...makan slow-slow,nikmati makanan sedap dan permandangan cantik,suasana tenang.Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman web PICC atau pun hubungi no telefon : 03-8887 6000 juga boleh klik SINI untuk promosi makanan di PICC




bisik-bisik:
Makan-makan juga,bersenam jangan lupa,heheheh
kalau tak jadi la cam Cik Ngah ni,berkurun nak turunkan berat,
baru semangat nak diet,banyak lak godaan makanan sedap-sedap huwaaaa....

Post a Comment

4 Comments