My Collection....

Assalamualaikum....and Happy Deepavali....
Cuti umum sempena Deepavali,bangun pagi-pagi (tak de la pagi mana pun.... heee)
Kemas-kemas bilik,sapu habuk dan sawang (pemalas punya anak dara...)
Bukan pemalas,cuma hari kerja memang tak sempat,kena pulak minggu lepas keje 7 days a week...
Sambil ngemas,benda paling suka Cik Ngah buat adalah,membelek koleksi buku-buku...yessss i'm obsessed with books...huuuhuu....

Antaranya :

Beduk Diketuk oleh Pahrol Mohd Juoi
 Sindiran sinis kisah-kisah pendek dalam kehidupan seharian,
Bagai beduk yang diketuk,menyedarkan kita yang masih lena walau terjaga.
Buku yang bagus,santai tapi maksudnya mendalam,mudah di fahami dengan ilustrasi yang menarik.


karya Abd Jalil Ali
 Karya dari Abd Jalil Ali,bekas wartawan,
Kisah dan panduan dari garapan pengalaman penulis seharian,
Dari zaman bujang,berkahwin dan membina keluarga,
Teguran,panduan dan nasihat yang berguna untuk generasi muda yang mahu 
membina keluarga.


Karya Hlovate
 Karya yang menarik,banyak kisah remaja yang di adun dengan baik,
tak menyimpang,ermmmm...tak tahu nak describe macam mana
tapi Cik Ngah suka baca karya dia,kadang kala bagai di tepuk dahi dengan kisah-kisahnya
blog penulisnya di sini, HLOVATE



Karya Ramlee Awang Murshid
 My Feveret
Fiksyen thriller yang memang Cik Ngah kumpul,
Ni pun tak habis lagi semua karyanya...
Memang best....



Karya Roza Roslan
 Baru lagi beli ni,tiga2 sekaligus...heeheee..
Travelog dari Roza Roslan,
Pengalaman hidup,perjalanan kisahnya sendiri,
Harapan,Impian dan cita-cita gadis kampung,
Terasa dekat dengan diri,bila membaca karyanya,
Cik Ngah juga orang kampung,dari ceruk hutan lagi..huuuu...



Merancang wang sejak jatuh cinta oleh Shamsudin Kadir
 Buku yang bagus,tak semstinya tuk orang yang bercinta je,
Yang tak bercinta pun boleh baca,
Belajar merancang kewangan.


Bukan Sekadar Resepi oleh Roza Roslan
Satu lagi karya Roza Roslan
tapi yang ini bukan travelog,
Buku resepi yang lain dari biasa,
setiap menu dan hidangan disertakan kisah dalam hidupnya
berkaitan menu tersebut.
Sangat menarik.



bisik-bisik:
Banyak lagi buku dalam koleksi,
Bilik dah penuh dengan buku,mana lagi nak susun ni...huuuuhuu
Dah boleh dah usha rak buku yang tinggi tu..
Insya allah dah ada rumah sendiri nanti,
Boleh la buat library...

Post a Comment

9 Comments

  1. banyaknya buku kak su..penah baca buku abd jalil tu memang best

    ReplyDelete
  2. wah membaca jambatan ilmu cik ngah...lepas ni leh jadi penulis buku lak:)

    ReplyDelete
  3. kamu sama mcm adik, akak and adik ipar sue...semuanyer giler buku..saya tidak berapa minat sejak hbs spm dulu

    ReplyDelete
  4. kebanyakan buku2 lebih kurang dari genre/penulis kegemaran saya juga..RAM..Abd Jalil Ali..Roza..:))

    ReplyDelete