Nursing Bra Shapee Sassy : Keperluan Ibu Menyusukan Bayi

Masa pregnant hari tu dan buat persiapan bersalin serta susukan anak,tak terfikir pula nak beli bra menyusukan bayi ni,ingat bra biasa pun ok je pakai.Rupanya payah juga bila nak susukan anak,tambahan bila kat luar.Jadi Cik Sue pun mula la cari Nursing Bra tu pun dah lepas sebulan umur Humaira.

Permulaan beli la 2 helai lupa lak jenama apa,tapi serius tak best,bukaan guna butang ketap,yang tekan tu.Mula-mula ok,lama-lama bila kat luar susah pulak nak tutup dan ketapkan butangnya sebab tak nampak agak payah la.Sekali dapat hadiah dari seseorang Nursing Bra Shapee memang puas hati,dah bodek Mr D nak beli lagi hehehe.


The Shapee ni laman web yang jual keperluan menyusu,bengkung dan pakaian untuk melangsingkan badan.Sassy Nursing Bra ni salah satu produk diorang la,selain Seamless Nursing Bra,Cik Sue dapat yang Sassy Nursing Bra ni.


Apa yang Cik Sue suka tentang Sassy Nursing Bra ni ialah :

1. Kain yang selesa dan lembut.
Kain dari bahan nylon dan spendex,selesa sangat pakai,ada getah di bahagian bawah memang kemas dan ngam kat badan.Kainnya menyerap peluh selesa dalam apa jua cuaca.Selesanya macam pakai sport bra.

2. Tali yang fleksibel dan cangkuk yang memudahkan penyusuan.
Tali bra ni fleksibel boleh pakai cara biasa dan di silang.Ikut kesesuaian keadaan.Talinya pun tak mudah melorot  ke bawah,jika ikut saiz yang ngam dengan badan kita.Cangkuk juga di sediakan lebih mudah untuk susukan baby,nak buka dan tutup lebih mudah,dah siap menyusu sangkut je dan tekan,terus kemas.


3. Aksesori tambahan.
Bra ni juga datang dengan bra pad yang boleh di pasang dan di keluarkan,mudah untuk di basuh,kalau tak mahu pakai boleh keluarkan.Tapi kalau Cik Sue biar ada pad tu senang kalau susu banyak tak de la basah baju.Cangkuk tambahan juga di beri sebagai simpanan jika memerlukan,sukaaaaaaa sangat.


Bra ni ada 2 warna je pink dan hitam,Cik Sue amik dua-dua warna ni,tak mudah luntur walau basuh dengan mesin pun.Harga pun tak mahal mana,mampu milik RM55 je,kalau nak ikut kat luar yang tak berkualiti tu ada lagi mahal huhuuuu (dah terkena ).Memang berkualiti,tak salah pilih bra ni.Oh ya ada banyak size bra ni korang boleh pilih :

- S :32B/32C/32D/32E/34B/34C/34D/34E
- M :36B/36C/36D/36E/38B/38C/38D/38E
- L : 40B/40C/40D/40E/42B/42C/42D/42E
- XL:44B/44C/44D/44E/46B/46C/46D/46E


Mana-mana yang bakal jadi ibu tu,dan yang memang tengah survey Nursing Bra Cik Sue memang rekemen la Nursing Bra Sassy dari Shapee ni,berbaloi dengan harga dan kualiti.Kalau nak beli korang boleh tengok maklumat lanjut dekat link di bawah ye.

Website: http://www.theshapee.com/
Facebook: https://www.facebook.com/shapeemy
Instagram: https://www.instagram.com/ShapeeMY/
Youtube: https://www.youtube.com/c/Theshapee
Email: info@theshapee.com
Contact No.: 07-554 7488


Post a Comment

3 Comments

  1. Lawa lah bra tu, nampak mcm selesa je kalau pakai

    ReplyDelete
  2. Tak pernah ada pengalaman guna nursing bra..huhu...well rindu nak beranak lagi la...

    ReplyDelete
  3. When you milk does first come in, some women experience a huge temporary uptick in their cup size. maternity activewear

    ReplyDelete