Humaira : Dah 3 Bulan

Alhamdulillah ,dah 3 bulan usianya,si kecil Humaira.Syukur sangat di kurniakan Allah anak yang sangat menyenangkan ibu dan ayahnya ini.Perkembangan terkininya tak banyak sangat ,pemeriksaan bulanan normal cuma masalah berat badan je tak naik banyak,naik sikit-sikit ,graf pun kat border line.Harap-harap bulan depan naik cantik la ye Humaira,penat ibu kena bebel ngan misi hehehehhe.Setakat ni menyusu normal,maybe genetik kot tak besar,ibu ayahnya pun kecik je hehehe bukan kategori rangka besar.

tengok orang main sukaneka kat family day

Jaga dia tak susah,pampers bersih,perut kenyang tidur cukup,setel! menangis hanya time lapar atau geli pampers dah penuh je,kalau perut kenyang dan ngantuk dia akan layan perasaan sendiri ,lepas tu tertidur sendiri.Tak payah dodoi-dodoi atau tepuk-tepuk kang makin besor mata dia ngeeee.

Dari segi berjalan jauh memang dah lulus ,lepas masuk umur 2 bulan Cik Sue bawa dia balik kampung di Pahang.Sepanjang perjalanan tak banyak ragam,tidur ,nyusu,sengih2 tengok kereta lori bas,dah boring lena balik,good girl senang keje ibu nak oiiii.

posing-posing ngan ibu,sibuk nak tengok keliling

Baru-baru ni ikut KBBA Family Day 2017 di Kuantan,mulanya risau jugak nak join,ramai yang kata Humaira kecik sangat lagi,tapiiiiii ibu nak join jugak hehhehe dan Alhamdulillahhhh sangat-sangat dia baikkk sangat,tak banyak ragam.Perjalanan dari rumah singgah rumah atuknya dan terus ke Kuantan bagi Cik Sue pun agak memenatkan tapi dia tetap ok.Susu,pampers dan tidur ikut jadual so dia siap boleh sengih-sengih dan mood ceria je.

sampai hotel terus kuak lentang,penat nih drive jauh hehehehe
jalan-jalan kat pantai ngan ayah


Habis family day sempat juga berjalan ke pantai,beli ole-ole nak bawak balik,lepak makan sata,mee celup segala dan dia tetap ok,sayangggg la awak. heehehehe...

Sekarang kat rumah pun asalkan semua cukup dia akan ceria sepanjang masa,tapi perangai dia yang Cik Sue perasan tak boleh lambat tukar pampersnya dia penggeli hahahha kalau lambat memang kuatla dia menjerit bukan nangis tau,memang menjerit punya hehehe,pastu sekarang dah pandai merajuk kalau ibu lambat dan main-main bagi susu,mula la membebel sambil nyonyot puting hahahha.Jangan tiru ibu nak oiiiii brehi membebel,nanti orang  nyampah tau.

Dok rumah bila sorang-sorang hobinya membebel dan layan perasaan,dah boring tidur je la.Yang peting susu dan pampers jangan lambat.Cuma pelik sikit Humaira ni jarang menangis sebab sakit maksudnya macam kena cucuk setiap bulan kat klinik tak de la cam budak lain meraung ke kan,dia ekkkk sikit je pastu dah boleh sengih-sengih dah.Kena gigit nyamuk pun dia tak heran,ada sekali nyamuk dah kenyang kat dahi dia Cik sue tepuk dia boleh buat tak tahu je,urmmmm risau pulak dia ni,tak rasa sakit ke? huhuuuu.




Sekarang dah 3 bulan lebih dah pandai melungkup nak meniarap da dah pandai angat kepala tapi dia punya jerit macam apa je.Tengok-tengok haaa macam dalam gambar kat atas ni,dah  lenguh nak terlentang balik tak pandai,jerit-jerit kat ibu suh tolong hehehe apa la awak ni.

Oh Humaira :
Semoga awak lebih sihat dan membesar dengan tidak banyak kerenah,nanti baca coretan ibu ni tau.Jangan mudah mengalah k.jadi orang yang kuat semangat.Ibu ayah sayanggggggg kamu.

Post a Comment

5 Comments

  1. cepatkan bby membesar... smg bby humaira sihat selalu n dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
  2. #humairahamzaidi hai awak! hehe!

    ReplyDelete
  3. amboi dah meniarap..laju nor awak ye

    ReplyDelete
  4. dah bersalin ye. tahniah. comel baby

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. senang keje ibu. Semoga Humaira menjadi ank y solehah, bahagia dunia akhirat. Pengejuk penghibur ati ibu ayah ye.

    ReplyDelete