Family Day KBBA9 2017 : De Rhu Beach Resort, Kuantan Lokasi Terbaik.

Alhamdulillah 11-12 Feb lepas Cik Sue berpeluang lagi berkumpul dengan family KBBA9 untuk Family Day yang diadakan saban tahun.Kali ini lokasi kami di De Rhu Beach Resort, Kuantan,Pahang.Cik Sue ni nama je orang Pahang tapi jaranggggg sangat turun Kuantan padahal dua-dua adik lelaki dok sana dari bujang sampai la dah kawin dah hehehe.Ye la Kuala Lipis lebih dekat jaraknya ke Kuala Lumpur sebenarnya (alasan).So kali ni agak teruja juga la Cik Sue nak pergi,nak ikutkan tarikh awal yang di beri Cik Sue tak leh join Mr D tak dapat cuti,tapi family day ni di tunda jadi dapat la kami pergi sambil ziarah berkunjung rumah adik kat sana.





Kali ni tak ramai keluarga blogger yang turut serta berikutan tarikh yang di tunda ramai yang tak dapat cuti,namun family day kali ni tetap meriah dan seronok.Malam pertama kami ada makan malam dengan kehadiran pihak Lembaga Zakat Selangor yang dah lama bekerjasama dengan KBBA9.



Kesempatan yang ada di ambil oleh pihak Lembaga Zakat untuk memberi penerangan ringkas dan soal jawab dengan pihak blogger berkaitan isu-isu di media sosial berkaitan urusan zakat.


penerangan dari staf LZS

Selesai makan malam,acara santai,meet and great sesama ahli KBBA9,berkongsi tips blogging,bertukar pandangan dan nasihat dalam dunia blogging bersama founder.
sesi meet and great

Esok nya pagi-pagi selepas sarapan kami beriadah di padang pulak dengan acara sukaneka tradisional untuk semua termasuk ahli keluarga yang hadir,memang meriah ,gamat di buatnya bila masing-masing nak menang.

kutip cekelat


tu diaaaa ratu boling kelapa


music chair


acara tradisional mari kukuq nyoq hahaha


langkah gergasi

antara blogger yang hadir
bersama family

Alhamdulillah family day berjalan lancar dan tiada sebarang masalah,oh ya tshirt tu adalah hasil tangan dari AJCETAK,kalau sapa-sapa nak tempah boleh la hubungi mereka.

Kenapa memilih De Rhu Beach Resort sebagai lokasi :



Mula-mula sampai pun CikSue dah teruja sebab masuk lobi je nampak macam hotel mahal,tempat sangat nyaman dan selesa.Bagi Cik Sue memang sangat sesuai buat family day kat sini.Yang best stafnya senyum dan baik-baik je.Mudah nak tanya apa-apa.Okeh jom Cik Sue cerita apa seronoknya menginap dan beraktiviti di sini.

1. Bilik yang selesa murah dan cantik.
Mempunyai 162 bilik dengan 4 jenis bilik di sediakan untuk keselesaan penghuni,bagi CikSue cukup selesa dan harga sangat berpatutan dan mampu bayar.Bilik selesa mengikut keperluan penghuni,siap ada suratkhabar lagi pagi-pagi.

Ni bilik yang Cik Sue dapat 2 katil single,siap dengan seterika,bantal extra,mini freezer,quran dan sejadah pun di sediakan.Ruang dalam bilik luas dari katil ke tingkap tu lapang,kalau bawa toto boleh hampar kat bawah,memang selesa.Oh ya.wifi pun agak laju dalam bilik,jadi tak yah risau ,you are still connected ,gittewww.


abaikan seketul Humaira yang tergolek tu,kepenatan drive katanya hahhah







2. Kemudahan yang di sediakan hotel lengkap. 
Jika menginap dan mengadakan majlis atau hari keluarga di sini,korang tak perlu bimbang sebab kemudahan yang di sediakan memang lengkap,pertama sampai bab parking memang mudah,antara sapa cepat dia dapat yang dekat je la,kalau lambat seberang jalan la parking hehhehe.Tapi jangan bimbang parking memang cukup.

De Rhu Beach Resort juga menyediakan 10 jenis dewan dan bilik mensyuarat yang boleh di gunakan untuk pebagai aktiviti seperti hari keluarga,seminar,kursus,majlis kahwin dan macam-macam lagi.
Untuk aktiviti riadah pula terdapat gym untuk yang minat bersukan,bilik karaoke yang sangat selesa untuk menghabiskan masa bersama keluarga,ruangan santai dengan skrin besar juga di sediakan.Dewan banquet untuk majlis makan malam rasmi juga sangat selesa untuk di gunakan.








Untuk yang meminati aktiviti outdoor pula,ada aktiviti ATV di sediakan,selain itu padang futsal dan gelanggang bola tampar juga di sediakan di tepi pantai,wahhhh best tu buat pertamdingan hari keluarga sambil bersantai tepi pantai.Padang untuk acara sukaneka juga sangat selesa di gunakan.







Kemudahan tempat makan pula hotel ini menyediakan cafe dan restoran dengan hidangan yang di jamin menyelerakan iaitu De Rhu Cafe dan De Rhu Oriental Restaurant (Halal Chinese Restaurat),malah kedai runcit juga di sediakan,jika malam-malam anda memerlukan apa-apa barang boleh tanyakan di kaunter lobi untuk membeli di kedai runcit yang di sediakan.





3. Kolam renang yang luas dan mesra kanak-kanak
Benda pertama kalau pergi bercuti bawa anak-anak pastinya cari kolam dulu kan? anak-anak kecil memang suka la dapt main air dan berendamkan? alaa mak paknya pun suka juga tu,rehatkan diri dengan berenang dan bersantai tepi kolam bersama keluarga.Ya,itulah tarikan di De Rhu Beach Resort ni,kolam yang luas,bersih dan cantik,ada bahagian kanak-kanak legkap dengan permainan gelungsur dan bahagian dewasa.

 Kolam renang di sini juga  terbuka untuk orang awam ,kalau tak menginap di sini pun boleh datang mandi kolam dengan bayaran RM7.00 untuk kanak-kanak dan RM10.00 untuk dewasa,murahkan.






4. Tarikan tempat-tempat menarik di sekeliling.
Selain kemudahan yang di sediakan pihak resort,tarikan tempat-tempat menarik di sekitar resort ini juga menjadi sebab kenapa korang harus menginap di sini,selain akiviti di resort anda boleh melawat tempat-tempat menarik di sekitarnya :


1. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
2. Pantai Cherating
3. Pusat Rekreasi Air Pantai Balok
4. Natural Batik Village
5. Pelbagai pilihan tempat makan dan jualan makanan tempatan di sepanjang jalan kuantan -kemaman



5.Pakej yang di tawarkan.
De Rhu juga menawarkan pakej-pakej penginapan yang menarik lengkap dengan aktiviti serta makan minum anda di sini,pada Cik Sue pakej yang di tawarkan amat berpatutan tambahan kemudahan yang di sediakan cukup lengkap.kalau nak tengok pakej yang di sediakan boleh klik SINI ye.






 

Amacammmmm?? menarikkan? serius Cik Sue puas hati walau hanya sekejap menginap di sini,ni bukan bodek eh,Insya Allah nak bawa family pula datang sini,bercuti, boleh lajak balik Kelantan terus hehhehe.


Maklumat lanjut:
Website: De Rhu Beach Resort
Facebook: De Rhu Beach Resort, Kuantan
Instagram : De Rhu Beach Resort


LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my




meh beli sambal hitam belimbing pahang ngan kita meh 



Post a Comment

2 Comments

  1. Memang enjoy family day kali ni sebab lokasi cantik dan best sangat!

    ReplyDelete
  2. sukaneka kukur kelapa tu memang win! macam-macam gaya ade... seronok!

    ReplyDelete