Resepi Garlic Butter Homemade : Untuk sapuan roti

Selamat pagi semua,segar pagi ni hujan lebat semalam,cuaca pun sejuk di pagi hari,perlahan-lahan matahari menyinar terang,waktu ni seronoknya kalau menikmati matahari terbit di puncak bukit atau kawasan kampung dengan secawan kopi,walawehhhh...syoknya.Amboiiiiii tu dia Cik Sue berangan hehehhe.Mimpi itu percuma hahahha.

Apapun tahniah pasukan Kedah memenangi Piala Malaysia malam tadi perlawanan sengit dengan Selangor,tahniah juga Selangor.Jadi Kedah cuti la kan hari ni? Syok arrrr sambung tido hehehe.

Eh korang dah sarapan? sarapan apa? Cik Sue makan roti je,sapu Garlic Butter Homemade.Haaaa buat sendiri Garlic Butter,kebetulan ternampak kat FB hari tu,kalau kat pasaraya agak mahal sebotol,so kita try buat sendiri,senang je rupanya,bahan pun mudah je.Buat sapu kat roti pastu bakar,nak masuk oven boleh nak masuk toaster pun boleh,sapu kat apa-apa roti je,roti perancis ke,roti gardenia biasa ke,ikut korang lah.

Cik Sue sapu kat roti gandum

kalau tak simpan dalam peti ais tahan la seminggu kalau
letak dalam peti ais tahan lebih lama la,nak makan keluarkan.

Jom tengok bahan dan cara buatnya,senang je.
Bahan :
250gm Butter (Cik Sue pakai Buttercup seketul terus,potong2 kan)
5 sudu Oregano cincang ( Cik Sue beli yang fresh kat Hero dan cincang,kalau pakai yang kering dalam botol pun boleh)
1/2 cawan Minyak Zaitun
2 labu Bawang Putih,cincang atau tumbuk.


Cara :
-Panaskan minyak zaitun ,tumiskan bawang putih dan oregano,pastikan api dapur kecik ye.
-masukkan butter dan cairkan.Dah cair semua tutup api dan sejukkan.Masukkan dalam botol atau bekas,mudahkan? 


ni tak masuk peti ais,goncangkan amik dengan sudu ,sapu kat roti,yum2

Mudahkan? buat sendiri je kat rumah.Boleh makan banyak dan lama sikit.Cik Sue sekarang rajin dok eksperimen macam-macam kat rumah tu,ye la surirumahkan,aktiviti dalam rumah je la.

Post a Comment

13 Comments

  1. bahan lain dah ada kat rumah... oregano jer tak ada..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Wah..sure sedap...jimat kan..semua buat sendiri

    ReplyDelete
  4. mudahnya..baru puas hati buat sendiri.

    ReplyDelete
  5. berselera pulak tgk roti tu malam2 nih

    ReplyDelete
  6. resepi garlic bread ni ada di blog saya juga. tapi lain skit.hehe..jemput singgah

    ReplyDelete
  7. nampak sedap, menarik dan susah tertarik untuk mencuba.

    ReplyDelete
  8. makaih.. buat sendiri ? huu~ jual la dik.. mesti ramai yang macam kakak yang tak reti nak buat nih beli..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. kruk kruk.. rasa lapar pulak dah .. adehhh

    ReplyDelete