Sindrom mak-mak?

Memang macam ni agaknya ye orang dah kawin dan berkeluarga? Dah nak masuk geng mak-mak ni kan,dah jarang nak beli barang tuk diri sendiri.Asal keluar,gi shopping mall ke expo ke ada je barang rumah la barang dapur la nak beli.heheehe...

Haaa kali ni periuk kuali Tefal lak,ni semua gara-gara Dak Yaya Natcumi dok post kat FB ada jualan gudang,kebetulan pulak Mr D tahu tempat tu,apa lagiiiii kita serbuuuuu,agak berbaloi la,memang murah.Cik Sue belikan sekali tuk ma kat Lipis sebab dah dua tiga kali balik dia dok zikir nak kuali atau pan non stick ni,kebetulan murah kita beli la,kalau tak, tak mampu hakak dik nonnnnn.






Amacam? murahkan? time macam ni je la dapat memiliki,kalau tak sale tengok je la mampu,kebetulan biras pun nak juga so belikan lebih, balik rumah mak dia pilih dan bayar je.Dapat la tuk ma dan diri sendiri.Mak-mak sangat dulu sibuk beli mekap bedak gincu baju sekarang periuk belanga,barang rumah lak.Lepas habis cerita kuali periuk,dok survey sofa lak,memandangkan dah nak puasa dan raya,dan tak nak mencari bulan puasa nanti ,letih katanya.Dan juga rumah kami hanya ada sofa lama yang dah melendut di tengah itupun warisan dari rumah bujang Mr D,duduk kompem terhenyak ke bawah hahahha naya orang datang beraya nanti,survey-surevy sofa di Dengkil sampai ke Equine dengan bajet bawah RM1K.Alhamdulillah dapat yang berkenan dan agak berkualiti dekat kedai Perabot Bistari  area Jusco Taman Equine dengan harga RM680 sahaja.Yang pasti Cik Sue suka tempat duduknya berangka kayu bukan tali getah seperti yang lain,at least tak de la cepat melendut kalau tali getah tu.Agak kukuh juga,Cik Sue amik sofa L-Shape 4 seater dengan stool,cukup selesa dah tuk rumah kecil kami.


Tips yang Cik Sue dapat time nak beli sofa ni,kalau boleh jangan ambil 100% material pvc sebab mudah merekah kalau panas,tercucuk kunci pun koyak.Lagi satu kena tahu keperluan kita dan selera serta bajet nak yang macam mana.Dannnnnn yang penting kena sesuai dengan keluasan rumah ye,kang beli-beli tak celus nak masuk jenuh pulakkkk.

Alhamdulillahhh,beli apa yang mampu dan sesuai dengan kewangan sendiri,asalkan mencari mesti boleh dapat yang harga berbaloi serta berkualiti.Nasib baik la Mr D jenis suka survey sepuas hati ,harap Cik Sue,urmmmmmm berkenan satu itu je la.

Semalam pulak kebetulan Mr D balik keje awal ntah meroyan apa tiba-tiba nak ke nilai 3 cari bidai yang lipat-lipat tu,nak deko rumah hehhehe,sebenarnya nak tutup sikit meja kerja Cik Sue yang boleh nampak dari laman kalau buka pintu depan,tak privacy katanya,heheheh.Sempat gak sambar karpet gebu tuk depan tv.nanti dah deko semua Cik Sue kongsi eh.Tak de la pandai sangat nak menghias tapi yang penting kemas dan bersihkan?.



bisik-bisik:
Setahun kawin rumah tak de rupa rumah lagi nak ajak kawan datang beraya pun segan,tahun ni kita kemas la elok-elok sikit,sian kawan-kawan dok tanya nak datang ,kikiki.

Post a Comment

3 Comments

  1. eh panjang jugak L shape tu sue ... sedap landing situ sambil tgk tv hehe

    ReplyDelete
  2. kak sue buat open haus, nak g serbu hehehee

    ReplyDelete
  3. rasenye kite pun dah kena sindrom yang sama ni

    ReplyDelete