Resepi Mudah Sambal Belimbing Hitam Pahang

Alhamdulillah dah selesai pendaftaran Kuis adik sepupu,mak,pok su dan family pun dah balik.Sunyi pulak rasa rumah,best bila ramai,makan ramai-ramai,borak-borak tido bergelimpangan depan tv hehehhe.Sekejap sangat diorang datang tapi tak pe bulan 2 nanti family berkumpul umah Cik Sue lagi ,nak berarak majlis kawin sepupu lelaki lak kat Pinggiran Putra,memang dekat sangat la.Urmmmm nak kena cari bantal ni,ramai-ramai datang tak cukup bantal.Haaaa mak-mak sangat,eh nak cite pasal sambal belimbing la,korang niiiii.

Ma datang kelmarin ada la bawa cili api ngan belimbing buluh yang dah rebus hitam,katanya tak sempat nak buat sambal,dia bawakan bahan je jadi kena la buat sendiri.Masalahnya ma tak tahu Cik Sue tak pandai buat sendiri huwaaaa,pernah la tengok kakak buat tapi tak pernah buat sendiri ceritanya.Tapiiii kebetulan adik bongsu ada kat umah,lepas diorang balik semalam suruh adik bongsu ajar dan Cik Sue buat dengan cara paling mudah iaitu blend semua,sepatutnya kena tumbuk hahahhah,nampak tak pemalasnya,jangan tiru okkkkk.


haaa menjadi tau sambal kita,Mr D kata sedappppp heheheh.

Jom tengok bahan-bahannya :

3 ulas besar2 bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam cili padi
*blend halus 

300gm ikan bilis-blend jgn sampai lumat tau,separuh hancur je
200gm belimbing buluh yang di rebus-blend lumat.

garam /gula

Cara:

-Panaskan 4 sudu minyak,tumis semua bahan,masak hingga pekat,dengan api perlahan,perasakan gula dan garam,kalau nak garing skit bila dah kering letak minyak dan besarkan skit api.

Yeayyyy berjaya,adik pun kata ok sedap,okeh pasni order belimbing rebus je la ngan ma,tak yah order sambal dah.Boleh buat sendiri hahhaha.

bisik-bisik:
makan ngan  roti pun sedap ni,ngan biskut hupseng
kalau tak de lauk sangat goreng telur makan ngan sambal ni pun ok je.

Post a Comment

5 Comments

  1. tgk macam senang je rezepi ni..nak try buat la nanti cuma belimbing buluh tu tak tau nak cari mana..Dekat Cheras sapa tau kat mana ada jual

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Pernah makan ritu, sedappp.. Jatuh hati lak.. Kak sue memang pandai masak, jeles

    ReplyDelete
  3. wahhh tq Sue...Moon pun tak pernah buat, Biasa beli yg dah siap je. Lepas nih boleh la cuba,....harus kena refer blog Sue

    ReplyDelete
  4. Sgt sedap ni. Opismet aida selalu bwk dari kg.
    Belimbung hitam tu yg susah nak buat, kan?
    Kena rebus dlm tin ke hape ke ...
    Memang la sedap sambal itam ni. Nasi panas!

    ReplyDelete