Satu Persatu Pergi.....



Dua minggu berturut-turut dapat berita kematian rakan2 seusia,sedikit sebanyak menjentik jugak tangkai hati.Maut menjemput tak mengenal usia,samada sihat atau sakit,kita tak tahu bila masa kita akan tiba.Tak semestinya mati di usia tua.

Walau tidak terlalu rapat tapi yang pergi ini ada kenangan dengan Cik Sue,kenangan yang baik dan indah pastinya.Mereka pergi semuanya kerana sakit,penyakit yang menyerang dan tahu di saat akhir.Ye kanser itu pembunuh,Allah haiiii, dok menulis ni pun sebak rasa sebab semua yang pergi seusia Cik Sue,muda lagi.

Kesihatan,ye kesihatan tu amat berharga,duit banyak pun kalau dah terlantar di hospital ,urmmm habis duit untuk perubatan je la.Jaga lah kesihatan,amalkan cara hidup sihat,sekurangnya kita berusaha menjaga,daripada menyerah awal kan.Memang la takdir Allah yang tentukan,kalau Dia nak bagi sakit,sakit la juga,tapi sekurangnya kita berusaha menjaga dan mengelakkan semua tu.

Apapun,kenangan bersama mereka tetap utuh di hati Cik Sue,mereka semua kawan yang baik walau rapat dan kenal hanya sekejap.Alfatihah buat :

-Khairi Abdullah
-Asmizza Md Saad
-Zurinayati Abdullah Sidek

Semoga kalian tenang di sana,dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman

bisik-bisik:
Rindu kenangan lalu.

Post a Comment

5 Comments

  1. Asalam alfatiha.. Etuza berjaya follow blog adik ya..jengok blog Etuza

    ReplyDelete
  2. Alfatihah buat mereka. Semoga tergolong di kalangan org2 yang beriman. Mati tak mengira usia. Kadang2 macam tertanya bila Allah akan ambil nyawa kita kan? Kesihatan tu memang wajib dijaga. Semoga cik sue kuat juga ye.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah..kita yang sihat ni sentiasa beringat

    ReplyDelete
  4. al-fatihah semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum sue...al-Fatihah buat mereka..:(

    ReplyDelete