Layan Steamboat di PICC,Putrajaya.

Sekali lagi Cik Sue di jemput ke PICC untuk pelancaran Buffet Steamboat PICC semalam,sememangnya kalau bab makan kat PICC NI Cik Sue dah tau memang terbaik dan sangat-sangat kena selera Cik Sue ni.Kali ni datang dengan kawan-kawan Kelab Blogger Ben Ashaari atas undangan Kumari ,staf PICC.

Berita baik sempena pelancaran ini diskaun 20% di berikan kepada pelanggan dengan harga selepas diskaun RM28 dewasa dan RM14 kanak-kanak.Di mana harga asal RM35 dewasa dan RM18 kanak-kanak.

antara tetamu VIP
Hidangan buffet kali ni menghidangkan pelbagai makanan laut segar,daging,ayam,ikan,frozen food dan sayuran segar selain sos pelbagai jenis yang melengkapkan hidangan.Ada satu sos manis kalau tak silap Cik Sue suka sangat,memang sedap.Di sini juga di sediakan pelbagai jenis mee dari kuey tiaw sehingga mi sanggul.Dua jenis kuah steamboat di sediakan iaitu tom yam dan sup,kuah tom yamnya sangat menyelerakan,cukup rasa.

chef-chef yang bertanggungjawab menjayakan buffet steamboat ni
Terdapat beberapa stesen mengikut jenis makanan yang di hidangkan antaranya stesen pasta dengan sos Bolognese,Carbonara dan Napolitano.Juadah pencuci mulut seperti buah-buahan,kek,ais kacang dan bubur.Makanan ala-carte seperti mee goreng,nasi goreng juga di sediakan.Air juga beraneka jenis di sediakan.Jom layan gambar kami menikmati steamboat ni,sediakan tisu ye kang meleleh plak air liur dok terliur hehehehhe....
amboi abg jeeb tak tau nak pilih apa ke? hehehehe

haaaa dah menggelegak tu,jangan lama lembik nanti...

Cik Qaseh punya hidangan,carbonara tu Cik Sue punya,sedappppp sangat.

haaaa ni meja Cik Sue,dok sebelah dak yaya yang kuat makan heheheheh...
jom pilih apa nak makan...

ni sebahagian yang Cik Sue amik
Cik Sue ni selain gemar makan steamboat berkuah,suka juga makan isi steamboat yang di rebus dengan sos manis,memang sedap,korang cuba la,tambah-tambah letak cheong chun fan,sayur,telur puyuh,mushroom,fishball,sosej dan apa saja la yang korang suka,kemudian masukkan sos dan gaul,pastu masuk mulut memang sedap,kalau suka pedas tambah je sos cili,perghhhh memang sedaplah.Selain tu makan dengan kuah tom yam biasa pun dah sedap sebenarnya,Cik Sue ni je macam-macam ragam hehehehee....

tu la sos nya,tak sure plak nama tapi
macam sos steamboat pasar malam tu
Pastinya hidangan sebegini sesuai untuk perjumpaan keluarga atau pelancong yang berkunjung ke Putrajaya ni.Manalah  tahu kan ada saudara-mara datang dari kampung boleh la bawa makan ke sini,selain ruang makan yang selesa dan luas,makanan pun sedap-sedap,harga pun berbaloi.Jadi apa tunggu lagi ,cubalah sekali.


aneka makanan laut yang segar
frozen food yang sedap

aneka sos berbagai rasa

suhun dan fucuk

berbagai jenis cendawan
buah potong

pencuci mulut

bahagian pasta




Aneka jenis mee yang boleh di pilih




Pelbagai sayuran segar-i likeeeee....

hidangan yang di atur cantik



Makanan ala-carte juga di hidangkan

ucapan aluan dari ketua chef

persembahan band yang akan menemani anda menjamu selera,setiap hari

Terima kasih kepada pihak PICC di atas jemputan dan hidangan makan yang memang lazat,dan pastinya Cik Sue akan datang lagi bawa family dan kawan-kawan lain pulak.Yang sedap harus di kongsi dengan semua orang,heheheh.
Kelab Blogger Ben Ashaari sempat bergrup photo dengan chef dan staf
sebelum balik.

Bagi membuat tempahan untuk Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya , sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email kumari.nahu@picc.com.my

PICC Diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook : www.facebook.com/piccmalaysia

Twitter : @piccmalaysia

bisik-bisik:
setakat ni makan di PICC tak pernah mengecewakan makanan dan layanan.
Cubalah sekali.

Post a Comment

8 Comments

  1. menarik.. mmg suka sangat steamboat ni.

    entry terkini...Harris getting better

    ReplyDelete
  2. sedap betul yummmss... caner eh nak join kelab blogger ben ni.. rasa cam berminat

    ReplyDelete
  3. Sedap.x penah tau pun PICC ada steambot..

    www.bysyiraishak.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wowww!! sedapnye! cantik blog sue. scantik tuannye.. hehe.. kite nk follow awk tp dia ckp error. nti kite cube lgi. kalau rajin, singgah ler rumah kite pulak.wlpun x scantik rumah awk. hehe

    http://omeybulat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Selama ni mkn steamboat kt johnys je hehe .. Harap2 dpt mkn yg kt picc nye

    ReplyDelete
  6. bestnya..byk menunya..berbaloi2

    http://pinky-lynn.blogspot.com

    ReplyDelete