Dengan Rasminya Kelab Blogger Ben Ashaari

Alhamdulillahhhhh.....



Langkah pertama di khalayak sudah di mulakan,sebenarnya dah lama pun,dah hampir 3 tahun Cik Sue bersama mereka,dari tak de apa-apa sampai la semeriah ini,dari 10 orang dah jadi berpuluh-puluh.Dengan slogan "Bukan Sekadar Blogger",kami bersatu di bawah KELAB BLOGGER BEN ASHAARI.Kelab yang tidak pernah mengikat sesiapa,tak pernah memaksa,lebih kepada network dan ikatan persahabatan serta kekeluargaan.Bukan berpaksikan "job" ,"duit" atau "nama" semata-mata.

Kami di himpun dari pelbagai lapisan,dari blogger yang hanya beberapa bulan berblog sampailah ke blogger ada nama yang punya pengaruh dan sekian lama dalam dunia blog.Tak pernah rasa terasing,walau Cik Sue sendiri baru nak bertapak,hilang segan bila yang lama tak pernah kedekut ilmu,malah membimbing terus,malah ada yang sanggup membantu tanpa harapkan balasan bila di landa masalah.

Kami berkawan di sini bukan sekadar blogger,bukan sekadar di alam maya,malah di luar dah terasa seperti adik beradik.Waktu susah,waktu sakit waktu senang,insya Allah sentiasa ada membantu.Saling mengenali bukan sekadar kawan malah keluarga juga,duduk di perantauan macam Cik Sue ni kawan-kawan la yang banyak membantu kala susah senang,terutama yang dekat-dekat rumah.Sayang korang sangat-sangat.semoga persahabatan kita akan kekal tanpa hasad dengki dan iri hati.

Kelab Blogger Ben Ashaari kini sudah mempunyai laman web rasminya sendiri yang mana di usahakan bersama oleh ahli-ahli yang pakar,dan seterusnya laman instagram kelab.Insya Allah bila sudah rasmi begini mudah agi kami update sebarang aktiviti

Oh ya! jangan salah sangka,kami tidak berpuak,kami berkawan dengan semua orang,kami juga bebas sertai sesiapa saja,tak pernah di sekat dan kami mengalukan sesiapa untuk menyertai kami asalkan tiada niat buruk,kelab ini bukan untuk bergeng dan berpuak,sekadar memudahkan network sesama blogger,memudahkan meminta tolong dan berkongsi ilmu dunia blogging.

Jom sama-sama meriahkan:













 Jemputlah mengenal kami,kenal dulu,tak kenal maka tak cinta,jangan mudah menilai tanpa mengenali.

bisik-bisik:
Bukan dia pergunakan kami untuk diri dia,sebab dia dah punya segala yang dia mahu,tapi kamilah yang menggunakan dia untuk mendapatkan ilmu dari dia,Dia lah yang izinkan kami menumpang dia untuk kami pergi lebih jauh namun dengan usaha kami sendiri,Yang dia beri hanya tunjuk ajar.Kami di beri joran untuk mengail ikan,bukan di suap ikan goreng ,bila habis mintak lagi tapi tak tahu nak cari sendiri,terima kasih Cikgu Ben Ashaari atas segala ilmu.Mintak halal segala ilmu.



Post a Comment

14 Comments

  1. Alahai.. terharu rasa nak nagis pulak ni... kaksue buat nik sebak pagi-pagi nih terutama part bisik2 kat bawah tu.

    ReplyDelete
  2. Yesss, saya pun dh join kelab ni. Singgah sini dan follow.

    ReplyDelete
  3. Sedih pula bacaaa kisah sue ni...tak sangka abg ben sangat low profile dan baik orangnyaaa ya...Alhamdulillah ini lah yang dikatakan berbagi rezeki Allah...

    ReplyDelete
  4. Yeah betul tu!! Tak mainlah puak puak ni

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tu pentingnya kawan..

    ReplyDelete
  6. huhuhu kita dah lama sent request... tak approve lagi... tunggu je la.... good luck in future dear.. #imladyadie

    ReplyDelete
  7. kita semua kawan...x kira old blogger atau new blogger..ilmu kita kongsi bersama...memang terbaik...

    ReplyDelete
  8. nice .. baru join #kelabbloggerbenashaari ^_^

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ben Ashaari! Terima Kasih Kelab Blogger Ben Ashaari!!! Terima kasih untuk semuanya!!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... semoga kita semua bedrUKHWAH dan saling berkenalan untuk kebaikan kan... insyaallah.. dan terima kasih semua...

    ReplyDelete
  11. semoga ukhuwah kita kekal =) dah lama join tp selalu baca jer..malu orangnya t_t

    ReplyDelete
  12. Singgah dan follow sini dari KBBA; ;)
    Salam kenal ^_^

    ReplyDelete
  13. Holla.. nanti nk join jgk even kendalian bawah kelab blogger ben ni..^___^

    ReplyDelete