Cabaran 30 Entry : Hari 15 : Surat Kepada Seseorang


Assalamualaikum sayangku M,

Sue baik2 saja kat sini,Alhamdulillah masih sihat dan bertenaga mencari rezeki,Sue doakan juga M tenang di sana,tunggu Sue sampai ye.

Dah lama kita tak berborak kan? perkembanan terkini Sue? Alhamdulillah kini Sue lebih tenang,segalanya yang berlaku dulu ada hikmahnya,betul katamu,apa yang kita fikirkan tak adil bagi kita sebenarnya Allah tahu apa yang kita perlu dan padan dengan diri kita.Cuma rasa terkilan dengan sikapmu dulu masih lagi terasa,tak pe lah Sue anggap semuanya bersebab,mungkin ada sebabnya M tak mahu terangkan sehingga ke akhirnya.Rasa terkilan tu bukan marah,cuma rasa yang pelik bila M pergi menghilangkan diri tanpa sepatah kata,sampai-samai Sue terima berita yang mengejutkan itu.M tau tak betapa hancurnya hati ini,berderai air mata,tak henti sepanjang perjalanan pulang ke kampung hari tu.Sampai hati M buat begini,apa salah Sue,rasanya kita tak pernah bergaduh kan?

M,
Sue sekarang dah jumpa pengganti dia,dia yang membuatkan kita hampir putus hubungan sebab M tak restu hubungan itu,hari ni baru Sue tahu kenapa M halang,terima kasih M.Apa yang M katakan dulu semuanya benar,memang tak sangka kenapa Sue sebuta itu dalam menilai.Sayangnya M tak de hari ni tuk menyaksikan hari bahagia Sue nanti,kalau lah M ada di sisi,betapa bahagianya Sue.Kalau lah M boleh kembali ,sebentar pun cukup lah.

M,
Doakanlah Sue bahagia ye,insya allah andai di izinkan,kita akan berjumpa nanti,tunggu Sue tau.Rindu nak baring-baring kat katil sambil borak-borak macam-macam ceita,rindu nak baring depan tv sambil layan "chori chori chupke chupke",rindu nak makan ayam masak kicap M masak,rindu nak gaduh-gaduh pilih baju,rindu nak conteng-conteng buku nota n lukis-lukis kartun,rindu sangattttt.....

M,
Ketahuilah tak pernah sekali Sue lupakan M,sehingga ke hari ini,Sue simpan lagi gambar kita,kenangan kita,ingat tak pokok padi yang M kutip kat Kuala Selangor dulu,ada lagi Sue simpan,bookmark yang M selitkan dalam diari kita masih ada lagi di situ.Semua nota dan tulisan tangan M masih lagi ada.Sue tak pernah hilangkan atau musnahkan,Sue rindu,Sue rindu sangat-sangatttt....

M,
Sampai sini dulu ye warkah kali ni,nanti kita borak lagi,esok Sue keje,oh ya Sue dah keje kat Putrajaya,ingat tak kita pernah datang sini,dan janji nak sama-sama dok sini,sebab suka senibina bangunan kat sini? Sue dah dok sini tau.Okey lah,maaf ye ganggu M,semoga M tenang di sana.Sue sayang M sampai bila-bila,demi Allah,takkan berubah,tunggu Sue tau.

Salam Sayang,
Sahabatmu
Sue Izza

bisik-bisik:
Alfatihah buat sahabatku Nurasmizza Md Saad
Dec 1982-Feb 2009
Mimi ,Sue rindu.....


Post a Comment

3 Comments

  1. Al fatihah.. sebaknya ida baca warkah seorang sahabat kpd sahabatnya..... semoga arwah tenang di sanaa.. aminnnn

    ReplyDelete
  2. al-fatihah....hilangnya seorg teman.....semoga arwah ditempat dikalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete