My AirAsia Free Seats




Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma Air Asia, saya
akan ke Brunei Darussalam, dan saya akan bawa bersama ahli keluarga saya terutama ma dan abah saya yang tidak pernah menaiki kapal terbang,adik-beradik saya dan geng backpackers saya.Dengan harapan percutian ini akan memberi pengalaman baru kepada orang-orang yang saya sayang.

Kenapa saya memilih Brunei,sebenarnya impian ini dari sekolah rendah lagi,memandangkan dulu pernah ada sahabat pena dari Brunei yang banyak bercerita tentang negara dia,menimbulkan minat untuk berkunjung ke sana,namun di pendamkan sahaja sehingga kini.Tambahan pula saya berkongsi impian dengan abah yang juga teringin berkunjung ke Brunei,saya berharap ini akan menjadi hadiah yang bermakna kepada dia.

Walaupun kebanyakan orang menyangka Brunei agak ketinggalan dari segi perlancongan ,tapi bagi saya Brunei ada tarikan tersendiri yang boleh kita terokai,saya beranggapan Brunei sebuah negeri yang aman dan tenang ,di tambah lagi dengan pemerintahan Islam membuatkan saya tidak perlu risau dengan makanan halal ketika melancong ke sana.

Antara yang menarik minat saya adalah :

1. Pasar Gadong


Apa yang saya tahu,pasar ini menjadi tarikan pelancong dengan jualan segala hasil Brunei dan makanan tradisi yang boleh di nikmati hasil air tangan penduduknya.

2. Masjid Omar Ali Saifuddin


Antara salah satu masjid yang banyak terdapat di Brunei ini,sesiapa yang meminati fotografi sangat berbaloi datang ke sini kerana permandangan yang cantik

3. Taman Negara Brunei,Ulu Temburong


Taman Negara yang menyimpan khazanah flora dan fauna,serta boleh melihat monyet hidung panjang di sini.

4. Perkampungan Ayer,Brunei



Ohhh yang ini ,saya sangat mahu datang dan menikmati permandangan perkampungan persisir air yang di gelar "Venice di Timur"

5. Pelbagai makanan tradisi.
Memandangkan saya sangat suka mencuba makanan tradisi dan suka memasak,jadi ini menjadi perkara wajib untuk saya cari ketika bercuti.


Kenapa saya ingin terbang bersama Air Asia :

-Sebelum ini saya mempunyai pengalaman terbang ke Tawau ,untuk ke Sipadan dan ke Krabi bersama Air Asia ,bersama geng backpackers saya.Apa yang boleh saya katakan saya sangat berpuashati dengan perkhidmatan Air Asia setakat ini.
-Keramahan krew penerbangannya menambat hati saya,malah setiap kali menggunakan khidmat mereka,mereka sangat membantu dalam apa saja masalah yang saya hadapi.
-Penerangan yang di beri oleh krew yang bertugas juga mudah di fahami sebelum,ketika dan turun dari penerbangan,juga tak lekang dengan senyuman.
-Setakat pengalaman saya,krew Air Asia juga mesra pelanggan,mudah tersenyum.
-Malah saya yakin Air Asia adalah pilihan terbaik sebagai pengangkutan untuk saya menjelajah ke tempat-tenpat menarik yang menjadi impian saya.

Semoga saya dapat berkongsi dengan orang tersyang pengalaman perjalanan saya bersama Air Asia nanti,semoga ini juga menjadi hadiah bermakna buat mereka.

Oh ya! korang yang lain pun boleh merancang perjalanan korang dengan promosi Air Asia yang berlangsung dari  25 - 31 Ogos 2014 untuk penerbangan bermula 1 Mac 2015 sehingga 24 Oktober 2015.

Anda boleh klik banner di atas untuk booking promosi atau anda klik sahaja www.airasia.com


bisik-bisik:
bestnyaaa kalau dapat bawa family jalan-jalan,jarang sebenarnya family Cik Sue nak berkumpul dan semua ada huuhuu....

Post a Comment

9 Comments