Nasi Jagung


Yihaaaa....mari marathon update blog,sementera tunggu driver basuh keta nak gi kenduri,heehee...ni yang syok tumpang orang ni,x yah drive...haahaa....
Khamis lepas sempat buat nasi jagung tuk makan-makan kat opis....
Ni kes tengok resepi kat blog Cik Mat Gebu la ni,tetiba terliur..heehee...
Selongkar apa bahan ada kat dapur,belasah je la,kalau derhaka resepi,ampunkan hamba yeee...heehee
Nasi Jagung
-2 cawan beras,seeloknya beras basmathi
-1 cawan susu cair
-2 cawan air
-rempah tumis-kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga.
-2 ulas bawang putih tumbuk
-2 ulas bawang merah tumbuk
-1 batang serai ketuk
-2 sudu butter
-1 tin jagung manis,buang airnya...
Cara :
-basuh beras macam biasa,masukkan air dan susu
-sementara itu,tumis bahan tumbuk dan rempah dgn butter sampai naik bau
-masukkan serai
-masukkan bahan tumisan dlm beras dan tanak nasi macam biasa.
-bila nasi masak,masukkan jagung,dan gaul rata.
-sedap di makan dengan lauk ayam masak merah,atau kari daging,dengan acar...
Bisik-bisik:
Banyak rupanya cara nak masak nasi...
Yang penting kreatif...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Post a Comment

4 Comments