22 February 2012

Mee Udang Mak Jah @ Wangsa Walk

Assalamualaikum semua...
Okeh....nampaknya Cik Ngah dah boleh tukar blog ni jadi blog Jalan-Jalan Cari Makan dan masak-memasak kan?...heeee...apa nak buat,dah itu yang Cik Ngah gemarkan,layan je la ye...
Kali ni gara-gara abang sorang ni buat entry pasal Mee Udang Mak Jah ni,tak pasal-pasal Cik Ngah meroyan   nak try.Dengan separuh jiwa Mr D terpaksa la melayan nafsu serakah melantak Cik Ngah ni...heee
Kebetulan pulak Mr D nak jumpa gepren baru dia,ada perbincangan tentang kahwin bisnes juta-juta gitu,so Cik Ngah mengambil kesempatan la,lokasi perbincangan mestilah kat Restoran Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju ni,kedainya kat belakang Wangsa Walk ye,area Mamak NZ yang besar tu,mulanya kitaorang ingat kat dalam Wangsa Walk,jenuh juga la mencari sampai nak patah lutut berjalan gi call kedai ni...heeee...akhirnya dapat jugak.

mee udang Cik Ngah
kuahnya memang sedapppp...
cukup rasa,Cik Ngah kurang gemar mee berkuah 
yang pekat2 ni,tapiiiii mee udang ni memang kena lah
berbaloi-baloiiiii....



mee udang Cik Kasma


tersenyum simpul Cik Kasma kita nih...
tembikai laici dan sirap laici
jus tembikainya sedapppp...asli rasa tembikainya


Nasi Goreng Udang Mr D punya
nampak sikit,tapiiii...banyak jugak portionnya


Licin!......

Orang dah habis makan,dia tak habis lagi dok hirup kuah
sampai licin ko...heeee


Model kena paksa jap jadi duta Mee Udang...heee

Kedai ni sebenarnya cawangan dari kedai asal di Kampung Menteri di Kuala Sepetang.Rasanya cawangan ni baru je buka,sebab tengok decoration kedai pun semua baru je,yang bagusnya di sediakan Bilik Solat lagi,sempat kami solat Asar kat sini.Untuk keterangan lanjut boleh lawat blog restoran ni kat SINI ye.

bisik-bisik:
Bestnya kalau duit banyak
boleh keluar melancong seluruh dunia
dan cuba makanan halal seluruh dunia
macam Farah AF tu kan...



7 comments:

  1. fuhh..menusuk kalbu tengok makanan2 neh..bagusla kan siap ada tempat solat lg..strategi pemasaran gak tu..:)

    ReplyDelete
  2. haha baru nak bgtau dh macam Jalan2 cari NAHASmacamPuyotIygDhmmMcmPuyotStokin huhu...

    ReplyDelete
  3. memang sedapppp....cepat korang gi try
    kak ji : haaahaahaaa....cam no la nak slim balik kan?...uwaaaa

    ReplyDelete
  4. wadusss kene sejibik balik sob3...

    ReplyDelete
  5. wah kasma pun ade ^_^ kecik mcm dulu jugak korang berdua kan ^_^ aku pun suka mee udang, dulu makan kat pasir mas sedap, skrg ni kat melaka tak jumpa lagi kedai mee udang, kedai asam pedas je berderet ^_^

    ReplyDelete